Fitnah Pembangkang Makan Diri, Rakyat Nilai Prestasi – Latif Bandi
Fitnah Pembangkang Makan Diri, Rakyat Nilai Prestasi – Latif Bandi

ENDAU, 8 Julai – Kempen fitnah dan dakyah yang dimainkan pihak lawan tidak sedikit pun menggugat keyakinan rakyat Johor, khususnya pengundi di Endau, kata bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Latif Bandi.
Jelasnya, segala tuduhan dan serangan yang dilemparkan pembangkang hanyalah ibarat ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ kerana rakyat semakin matang dalam membuat penilaian.
“Fitnah yang dilakukan pihak lawan ibarat keluar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Saya percaya pengundi di Johor, khususnya di Endau, tidak terkesan dengan dakyah hasutan dan fitnah tersebut.
“Serangan pihak lawan akhirnya memakan diri apabila ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), terutama dalam kalangan pengundi muda,” katanya kepada UMNO Online.
Abdul Latif yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau menjelaskan, tindakan pihak lawan melabel Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai ‘budak’ bukan sahaja gagal menjatuhkan imej kepimpinan beliau, malah telah mencetuskan sokongan dan menjadi ‘trend’ positif dalam kalangan generasi muda.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Bidas PH… Politik Idea Dan Fakta, Bukan Fitnah Dan Auta
- Mohamad Hasan Rayu Pengundi Awal Kekalkan Sokongan Kepada BN Demi Kestabilan Johor
- Akta GSA Perlu Diubah, Isu Perumahan FELDA Perlu Diselesaikan – Ahmad Maslan
Onn Hafiz Bidas Naratif Dan Hasutan PH, PRN Johor Tiada Kaitan Bebaskan Najib
“Kebanyakan fitnah yang dilemparkan akhirnya memberi kebaikan kepada BN. Contohnya apabila pihak lawan memanggilnya sebagai ‘budak’, akhirnya menjadi trend dalam kalangan anak muda dan memberi gambaran bahawa beliau merupakan pemimpin muda yang dekat dengan generasi baharu.
“Rakyat tidak mudah dipengaruhi politik kebencian. Mereka mahukan pemimpin yang bekerja, membawa hasil dan mampu memajukan negeri, bukannya politik yang hanya bergantung kepada fitnah serta serangan peribadi,” tegasnya.
Seterusnya kata Latif Bandi, pengundi muda kini lebih cenderung menilai pemimpin berdasarkan rekod kerja dan komitmen, bukannya persepsi atau serangan politik.

“Pengundi muda sangat berminat melihat pemimpin yang benar-benar bekerja. Sebab itu mereka tertarik dengan kepimpinan Onn Hafiz yang sentiasa berada di lapangan.
“Apabila ada pihak menyerang golongan ini, kesannya bukan sahaja kepada pemimpin, malah kepada pengundi muda sendiri kerana mereka boleh menilai siapa yang benar-benar ikhlas berkhidmat,” jelasnya lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Terpedaya Janji Manis, Beri Mandat Kepada BN Demi Kestabilan Johor – Rais
- Mohd Jafni Perbetul Fakta PMX, Tegaskan Johor Giat Laksana Agenda Rumah Mampu Milik
- Pilih BN Demi Kestabilan Dan Masa Depan Johor – Norlizah
Jangan Gugat Kestabilan Negara Demi Politik Sempit – Tok Mat
Beliau berkata, komitmen Onn Hafiz dalam menangani isu kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru membuktikan kesungguhan beliau menjaga kebajikan rakyat, walaupun perkara itu sebenarnya berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
“Walaupun CIQ adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Menteri Besar sendiri sudah hampir 100 kali turun ke CIQ seawal sebelum subuh bagi memantau keadaan dan memastikan kira-kira 350,000 rakyat yang berulang-alik bekerja di Singapura dapat melalui perjalanan dengan lebih lancar.
“Itulah bukti seorang pemimpin yang benar-benar bekerja. Beliau bukan sekadar memberi arahan dari pejabat, sebaliknya sanggup turun sendiri melihat masalah rakyat dan mencari penyelesaian,” ujarnya.
Ujarnya lagi, ini menunjukkan Onn Hafiz sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat Johor tanpa mengira kaum, termasuk mereka yang setiap hari berulang-alik mencari rezeki di Singapura. – UMNO Online
Fitnah Pembangkang Makan Diri, Rakyat Nilai Prestasi – Latif Bandi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sambutan Hari Peneroka Bukti Penghargaan Kepada Jasa Warga FELDA
- Tolak Politik Habuan – Razlan
- PRN Johor: Pihak Lawan Kemaruk Isu – Mohamad Alamin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Johor Sudah Buktikan Prestasi, Mohd Jafni Seru Kukuhkan Mandat Rakyat
You must be logged in to post a comment.