Dr Asyraf Bidas PH… Politik Idea Dan Fakta, Bukan Fitnah Dan Auta
Dr Asyraf Bidas PH… Politik Idea Dan Fakta, Bukan Fitnah Dan Auta

JOHOR BAHRU, 6 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyelar tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang terus menjadikan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sambil menyifatkannya sebagai cubaan memperdayakan rakyat dengan naratif yang tidak berasaskan fakta.
Menurut beliau, dakwaan kononnya kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor akan membawa kepada pembebasan Datuk Seri Najib adalah satu pembohongan yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Sejak bila pembebasan seseorang ditentukan melalui pilihan raya? Datuk Seri Najib hanya boleh dibebaskan melalui kuasa mutlak pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.
Beliau berkata, amat menghairankan apabila kempen PH daripada peringkat tertinggi sehingga akar umbi masih bergantung kepada isu tersebut seolah-olah tidak mempunyai idea atau tawaran yang lebih meyakinkan untuk rakyat Johor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid
“Di mana-mana mereka menjaja nama Datuk Seri Najib dan cuba meyakinkan rakyat bahawa kemenangan BN akan menyebabkan beliau dibebaskan. Apa kaitan pilihan raya negeri dengan proses pengampunan? Jangan anggap rakyat Johor mudah diperbodohkan,” katanya.
Dr Asyraf Wajdi turut mengingatkan bahawa rakyat hari ini semakin matang dan tidak lagi mudah terpedaya dengan propaganda serta janji-janji yang tidak berpijak di bumi nyata seperti yang pernah berlaku pada Pilihan Raya Umum 2018.
Beliau menegaskan bahawa proses pembebasan seseorang melalui pengampunan diraja adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, sama seperti yang pernah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bukannya ditentukan oleh keputusan pilihan raya.
Mengulas lanjut, beliau berkata PH sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan sepatutnya berkempen secara lebih berhemah, berfakta dan bertanggungjawab, bukannya terus memainkan sentimen yang boleh mengelirukan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Bukan Sekadar Janji, Dirangka Berteraskan Keupayaan – Hasni
- Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah
- Manifesto Berteraskan Rekod, Bukan Retorik Untuk Rakyat – Johari
‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat
Sebaliknya, beliau mencabar PH mengemukakan tawaran yang realistik serta membentangkan idea bagaimana mereka mampu menandingi agenda Maju Johor 2030 yang diketengahkan oleh Barisan Nasional.
“Ini zaman politik idea dan fakta, bukannya politik sentimen, fitnah dan auta. Rakyat Johor mahukan penyelesaian serta hala tuju yang jelas, bukan sekadar retorik untuk meraih undi,” katanya lagi. – UMNO Online
Dr Asyraf Bidas PH… Politik Idea Dan Fakta, Bukan Fitnah Dan Auta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Terpedaya Janji Manis, Beri Mandat Kepada BN Demi Kestabilan Johor – Rais
- Mohd Jafni Perbetul Fakta PMX, Tegaskan Johor Giat Laksana Agenda Rumah Mampu Milik
- Pilih BN Demi Kestabilan Dan Masa Depan Johor – Norlizah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Gugat Kestabilan Negara Demi Politik Sempit – Tok Mat
You must be logged in to post a comment.