Konsisten Majukan Johor, Berikan Mandat Kepada BN – Nizar
Konsisten Majukan Johor, Berikan Mandat Kepada BN – Nizar

PAGOH, 5 Julai – Rakyat Johor diseru terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memastikan agenda Maju Johor yang sedang dilaksanakan dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi telah membuktikan keupayaan menerusi pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, sekali gus wajar diberikan peluang untuk meneruskan kesinambungan pembangunan.
“Pelan pembangunan Maju Johor sebenarnya cukup menyeluruh. Kita dapat lihat pelbagai inisiatif seperti Bantuan Kasih Johor yang dilaksanakan secara berfasa, selain usaha membangunkan infrastruktur dan modal insan yang memberi manfaat kepada rakyat.
“Kita juga tahu bahawa di Negeri Johor ini, Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) dan juga pertumbuhan ekonominya cukup baik. Dan akhirnya akan memberikan limpahan kepada rakyat khususnya di Negeri Johor,” katanya.
Beliau berkata, kesinambungan pentadbiran BN amat penting bagi memastikan segala perancangan yang telah disusun kerajaan negeri dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.
Dalam pada itu, Mohd Nizar berkata kehadiran jentera dari Perak sebagai negeri angkat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir mencerminkan semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan BN setiap kali berdepan pilihan raya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sia-siakan Peluang, Kembalikan Bukit Kepong Kepada BN – Ismail
- PH Tabur Janji Berbilion Tanpa Pelan, Manifesto Sekadar Umpan – Pemuda BN Johor
- Manifesto PH Johor Ciplak, Jangan Percaya Apa Mereka Janjikan – Dr Shamsul Anuar
Katanya, budaya saling membantu antara negeri bukan sesuatu yang baharu, malah menjadi amalan parti dalam memastikan gerak kerja kempen berjalan secara tersusun dan berkesan.

“Jentera datang bukan untuk mengajar sesiapa, tetapi membawa pengalaman serta memperkukuhkan gerak kerja. Inilah semangat Barisan Nasional yang sentiasa saling membantu dalam setiap pilihan raya,” ujarnya.
Selanjutnya, beliau turut menyifatkan calon BN dan penyandang bagi DUN Bukit Pasir Mohd Fazli Mohd Salleh sebagai calon muda yang berwibawa serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pengundi di Bukit Pasir tanpa mengira kaum dan lapisan umur agar keluar mengundi pada 11 Julai ini serta memberikan mandat kepada Mohd Fazli dan BN demi memastikan agenda Maju Johor terus diperkasakan.
“Jangan ragu-ragu. Barisan Nasional telah membuktikan konsistensi dalam membangunkan negeri dan membela kebajikan rakyat. Teruskan mandat kepada Barisan Nasional agar segala agenda pembangunan dapat diteruskan demi masa depan Johor yang lebih maju,” katanya. – UMNO ONLINE
Konsisten Majukan Johor, Berikan Mandat Kepada BN – Nizar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Bukan Sekadar Janji, Dirangka Berteraskan Keupayaan – Hasni
- Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah
- Manifesto Berteraskan Rekod, Bukan Retorik Untuk Rakyat – Johari
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat
You must be logged in to post a comment.