PH Tabur Janji Berbilion Tanpa Pelan, Manifesto Sekadar Umpan – Pemuda BN Johor

PH Tabur Janji Berbilion Tanpa Pelan, Manifesto Sekadar Umpan – Pemuda BN Johor

PH Tabur Janji Berbilion Tanpa Pelan, Manifesto Sekadar Umpan – Pemuda BN Johor
PH Tabur Janji Berbilion Tanpa Pelan, Manifesto Sekadar Umpan – Pemuda BN Johor

JOHOR BAHRU, 4 Julai – Manifesto Pakatan Harapan (PH) Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) disifatkan hanya dipenuhi janji bernilai berbilion ringgit tanpa pelan kewangan yang jelas, sekali gus menimbulkan persoalan besar mengenai kemampuan gabungan itu untuk melaksanakannya sekiranya diberi mandat mentadbir negeri.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor, Noor Azleen Ambros berkata, manifesto yang diumumkan PH gagal menjawab persoalan paling asas iaitu sumber kewangan sebenar bagi membiayai semua tawaran yang dikemukakan kepada rakyat.

Menurut beliau, manifesto berkenaan sekadar menghimpunkan angka-angka besar yang dilihat menarik perhatian pengundi, namun tidak disandarkan kepada realiti kedudukan fiskal negeri, selain langsung tidak memperincikan mekanisme pelaksanaan serta sumber pembiayaan.

“PH menjanjikan dana RM1 bilion untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta usahawan, tetapi langsung tidak menjelaskan sama ada jumlah itu diperuntukkan untuk tempoh setahun, lima tahun atau sepanjang satu penggal pentadbiran.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Akmal Persoal Sikap PH Terhadap SPR, Masih Berfikiran Seperti Pembangkang


“Begitu juga janji menyediakan RM500 juta untuk belia dan anak muda. Tiada penjelasan mengenai tempoh pelaksanaan, kaedah agihan mahupun dari mana sumber kewangan itu akan diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mempersoalkan sama ada angka-angka yang diumumkan PH benar-benar dibuat berdasarkan kemampuan kewangan negeri atau sekadar angka yang dipilih untuk memancing sokongan rakyat menjelang hari pengundian.

Katanya, berdasarkan kedudukan kewangan semasa, hasil tahunan Kerajaan Negeri Johor secara purata hanyalah sekitar RM2 bilion, manakala purata lebihan hasil negeri pula sekitar RM4 hingga RM5 juta setahun.

“Dengan kedudukan fiskal seperti ini, bagaimana PH mahu membiayai pelbagai komitmen bernilai berbilion ringgit tanpa menjelaskan sumber hasil baharu atau mekanisme pembiayaan yang munasabah?

“Rakyat Johor berhak mengetahui dari mana wang itu akan datang. Jangan hanya pandai mengumumkan angka besar tetapi gagal menjelaskan bagaimana ia mahu direalisasikan,” tegasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry


Noor Azleen turut mengingatkan rakyat Johor supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran yang kedengaran indah di atas kertas tetapi tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh.

PH Tabur Janji Berbilion Tanpa Pelan, Manifesto Sekadar Umpan – Pemuda BN Johor

Sebaliknya, beliau berkata Tekad BN Johor dibina berasaskan keutamaan pembangunan negeri, mengambil kira kemampuan sebenar kewangan kerajaan serta disertakan pelan pelaksanaan yang jelas dan realistik.

“Manifesto PH kali ini sekali lagi membuktikan mereka masih menggunakan pendekatan lama iaitu menabur janji sebanyak mungkin untuk memancing undi, tanpa mengambil kira kemampuan sebenar kerajaan melaksanakannya.

“Rakyat Johor tidak perlukan manifesto yang hanya sedap didengar. Mereka mahukan kepimpinan yang mampu menunaikan janji, bukan sekadar menjual harapan menjelang pilihan raya,” katanya lagi. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gerak Kerja Berpasukan, BN Sasar Rampas DUN Bukit Kepong

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker