Kekalkan BN Demi Masa Depan Johor – Azalina

Kekalkan BN Demi Masa Depan Johor – Azalina

Kekalkan BN Demi Masa Depan Johor – Azalina

PENGERANG, 4 Julai – Kemenangan calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor amat penting bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang telah sekian lama menerajui Johor dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kepimpinan BN di Johor telah membuktikan keupayaannya mentadbir negeri dengan stabil dan konsisten sejak beberapa penggal lalu.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata, kemenangan BN bukan sekadar membawa kepada pembentukan kerajaan yang kukuh, malah akan memperkukuhkan komitmen wakil-wakil rakyat BN dalam Kerajaan Negeri untuk terus memberi tumpuan kepada keperluan rakyat.

“Kita melihat calon-calon BN sebagai kesinambungan kepada kepimpinan yang telah membawa Johor ke landasan pembangunan.

“Saya berharap kemenangan ini akan memberikan komitmen yang lebih tinggi kepada wakil-wakil BN dalam kerajaan negeri Johor untuk terus memfokuskan bantuan kepada rakyat serta memperhebat usaha pembangunan di seluruh negeri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Kunci Kemajuan, Kekalkan Stabiliti Demi Masa Depan Negeri Johor


“Saya yakin, insya-Allah… dengan sokongan rakyat kita akan dapat meneruskan perjuangan ini dan memastikan agenda pembangunan serta kebajikan rakyat Johor terus menjadi keutamaan,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Turut hadir calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat Aznan Tamin serta jentera-jentera BN.

Mengulas lanjut, Ketua UMNO Bahagian Pengerang itu menyifatkan sambutan yang diterima sepanjang tempoh berkempen amat memberangsangkan, malah perkembangan semasa menunjukkan sokongan terhadap BN terus mengukuh.

Kekalkan BN Demi Masa Depan Johor – Azalina

“Saya nampak ‘respons dan mood’ kempen BN pada PRN Johor sangat-sangat positif. Perkembangan semasa juga menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan rasa bangga kepada seluruh jentera BN, khususnya jentera UMNO, yang sentiasa komited, berdisiplin dan fokus dalam meneruskan perjuangan parti.

“Saya nak ingatkan kepada semua jentera supaya jangan menganggap calon lawan itu mudah. Jangan terlalu yakin sehingga ada yang lewat atau tidak keluar mengundi. Kemenangan hanya akan diperoleh jika kita terus bekerja keras hingga ke saat akhir,” tegasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab


Beliau turut menyeru seluruh jentera memperhebatkan gerak kerja di setiap pusat daerah mengundi serta memastikan setiap penyokong BN keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian.

“Pada 11 Julai nanti, marilah kita keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab, menyempurnakan gerak kerja yang telah diusahakan selama ini dan bersama-sama menghadiahkan kemenangan besar kepada BN di DUN Penawar dan DUN Tanjung Surat, Insya-Allah,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Kekalkan BN Demi Masa Depan Johor – Azalina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker