MARA Komited Perluas Akses Pendidikan, Buka Peluang Generasi Muda Johor
MARA Komited Perluas Akses Pendidikan, Buka Peluang Generasi Muda Johor

TEBRAU, 2 Julai – Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperkukuh agenda pendidikan negara dengan menegaskan komitmen untuk merakyatkan pendidikan, memperluaskan akses serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda di Johor.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usaha berterusan itu penting bagi memastikan lebih ramai anak muda mendapat peluang mengubah kehidupan melalui pendidikan, kemahiran dan keusahawanan tanpa keciciran akibat kekangan maklumat atau akses.
“MARA akan terus komited merakyatkan pendidikan, memperluaskan akses dan membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda Johor untuk mengubah kehidupan melalui ilmu, kemahiran dan keusahawanan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Jelajah TVET MARA Negeri Johor DUN Tiram di Savanna Hills, Tebrau yang bertujuan memperkenalkan ekosistem pendidikan TVET serta laluan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA).
Menurut beliau, pendekatan turun padang penting bagi memastikan maklumat berkaitan peluang pendidikan disampaikan terus kepada masyarakat, sekali gus mengelakkan mana-mana anak muda daripada tercicir hanya kerana tidak mengetahui kemudahan yang disediakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Negeri Sembilan Perhebat Gerak Kerja Santuni Anak Muda Menjelang PRN
- Pengurusan Pekerja Asing Diperkemas Demi Kepentingan Negara – Ahmad Zahid
- Gelombang haba di Eropah sebabkan 1,300 kematian
Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab
Jelasnya, MARA kini mempunyai 345 Institusi Pendidikan MARA (IPMA) di seluruh negara yang berperanan melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang strategik negara.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa MARA akan terus memperkukuh usaha memperluaskan akses pendidikan TVET sebagai laluan masa depan yang lebih praktikal dan berimpak tinggi kepada generasi muda, khususnya di Johor.
“Insya-Allah, inilah komitmen berterusan MARA dalam memastikan tiada anak bangsa yang tercicir daripada arus pendidikan dan pembangunan negara,” tambah beliau lagi. – UMNO Online
MARA Komited Perluas Akses Pendidikan, Buka Peluang Generasi Muda Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Realistik, Mampu Pacu Johor Ke Arah Maju 2030 – Syed Hussien
- Bertembung Di Pasar Malam, Ramlee Tetap Fokus Pertahan Kempas
- Titah Sultan Selangor Dedah Hakikat Sebenar Projek LRT3 – Mohd Razlan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perpaduan Kunci Kemajuan, Kekalkan Stabiliti Demi Masa Depan Negeri Johor
You must be logged in to post a comment.