BN Perlu Mandat Lebih Besar Demi Masa Depan Negeri Johor

BN Perlu Mandat Lebih Besar Demi Masa Depan Negeri Johor

BN Perlu Mandat Lebih Besar Demi Masa Depan Negeri Johor

SEKIJANG, 2 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Johor amat diperlukan bagi membuktikan keyakinan rakyat terhadap parti itu serta menyuntik semangat kepada seluruh jentera parti menjelang cabaran politik yang lebih besar pada masa akan datang.

Menurut beliau, selepas mencatat kemenangan 40 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, BN kini meletakkan sasaran lebih tinggi untuk memperoleh mandat yang lebih besar daripada rakyat Johor.

“Kita tidak ada pilihan melainkan menang besar. Dulu kita dapat 40 daripada 56 kerusi, kali ini kita mahu lebih daripada itu.

“Kemenangan besar di Johor sangat penting kerana ia akan menjadi suntikan semangat kepada Negeri Sembilan, Melaka dan negeri-negeri lain sebelum kita berdepan pilihan raya yang seterusnya,” katanya ketika berucap pada program sembang santai di Felda Pemanis 2, di sini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, Negeri Pahang diberikan tanggungjawab membantu gerak kerja pilihan raya di beberapa kawasan termasuk empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Tanjung Piai dan Pontian iaitu Benut, Kukup, Pulai Sebatang dan Pekan Nanas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab


Selain itu katanya, Pahang turut diarahkan membantu kawasan-kawasan FELDA yang ditandingi calon BN bagi memastikan sokongan pengundi terus memihak kepada parti.

“Pahang akan buat sehabis baik untuk membantu. Kita mempunyai pengalaman dan rekod yang baik dalam mengendalikan gerak kerja pilihan raya.

“Insya-Allah kita akan fokus membantu kawasan-kawasan FELDA dan memastikan mana-mana calon BN yang bertanding di kawasan FELDA memperoleh kemenangan,” ujarnya.

Mengulas mengenai DUN Pemanis, beliau menyifatkan calon BN, Anuar Manap sebagai pemimpin berprestasi tinggi yang telah membuktikan kemampuannya sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Katanya, pemilihan calon wakil rakyat tidak boleh dibuat secara sambil lewa sebaliknya perlu berdasarkan rekod perkhidmatan dan prestasi yang telah ditunjukkan kepada rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kor Ming Nak Letak Jawatan? Alhamdulillah… Letaklah – Tok Mat Hasan


“Kita nak pilih wakil rakyat ini jangan main-main. Kita kena tengok prestasi dia. Saudara Anuar telah membuktikan kemampuan dan kerja kuatnya kepada rakyat sepanjang menjadi wakil rakyat.

“Sebab itu saya yakin rakyat Pemanis akan terus memberikan sokongan dan menobatkan beliau sekali lagi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy turut mengingatkan jentera parti supaya lebih agresif dalam menghadapi serangan lawan terutama di media sosial.

Menurut beliau, jentera penerangan dan media sosial perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menjawab tohmahan serta menyerlahkan kejayaan kerajaan BN kepada rakyat.

“Kalau mereka menyerang kita, kita jawab. Tetapi jangan hanya bertahan. Jentera media sosial perlu bekerja lebih keras untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan mengetahui apa yang telah serta akan dilakukan oleh Barisan Nasional,” katanya.

Beliau turut menjadikan pengalaman politik selepas Pilihan Raya Umum 2018 sebagai contoh bagaimana ketidakstabilan politik boleh memberi kesan langsung kepada keyakinan pelabur.

Katanya, ketika Johor berdepan ketidaktentuan politik, ramai pelabur memilih untuk menangguhkan pelaburan atau beralih ke negeri lain, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri.

“Johor pernah melalui pengalaman itu. Apabila berlaku ketidaktentuan politik, pelaburan merosot dan keyakinan pelabur turut terjejas.

“Hari ini Johor kembali menjadi antara destinasi pelaburan utama negara kerana rakyat memilih kestabilan dan memberikan mandat yang jelas kepada kerajaan negeri,” ujarnya.

BN Perlu Mandat Lebih Besar Demi Masa Depan Negeri Johor

Beliau berkata kejayaan Johor menarik pelaburan bernilai tinggi dan melaksanakan pelbagai program kebajikan rakyat membuktikan bahawa kestabilan politik merupakan asas utama kepada pembangunan negeri.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh jentera dan penyokong BN agar terus bekerja keras sehingga hari pengundian dengan memastikan setiap pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

“Jangan terlalu yakin walaupun kita nampak sokongan rakyat sangat baik. Teruskan bekerja, dekati pengundi dan pastikan seramai mungkin keluar mengundi.

“UMNO dilahirkan di Johor dan negeri ini mesti terus menjadi benteng terkuat parti di Semenanjung. Insya-Allah, dengan kerja kuat seluruh jentera, kita akan mempertahankan Pemanis dan mencatat kemenangan yang lebih besar untuk Barisan Nasional,” katanya. – UMNO ONLINE

BN Perlu Mandat Lebih Besar Demi Masa Depan Negeri Johor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perpaduan Kunci Kemajuan, Kekalkan Stabiliti Demi Masa Depan Negeri Johor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker