Manifesto BN Realistik, Mampu Pacu Johor Ke Arah Maju 2030 – Syed Hussien

Manifesto BN Realistik, Mampu Pacu Johor Ke Arah Maju 2030 – Syed Hussien

Manifesto BN Realistik, Mampu Pacu Johor Ke Arah Maju 2030 – Syed Hussien

KLUANG, 1 Julai – Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bukan sekadar janji pilihan raya, sebaliknya satu pelan tindakan yang realistik berasaskan rekod pencapaian kerajaan negeri dalam tempoh empat tahun lalu.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah berkata manifesto tersebut merupakan kesinambungan kepada pelbagai kejayaan yang telah dilaksanakan kerajaan BN, khususnya dalam aspek pembangunan, kebajikan dan sosial.

“Manifesto yang diumumkan ini bukan cerita dongeng. Ia adalah kesinambungan daripada prestasi kejayaan kerajaan di bawah Barisan Nasional sendiri.

“Kalau kita lihat dari segi pembangunan, bantuan kebajikan dan juga sosial, Johor kini berada di landasan yang betul menuju Maju Johor 2030. Manifesto inilah yang akan memandu kita melengkapkan visi dan misi tersebut,” katanya.

Menurut beliau, segala yang dijanjikan adalah sesuatu yang realistik dan mampu dilaksanakan demi memastikan kebajikan Bangsa Johor terus diperkasakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kor Ming Nak Letak Jawatan? Alhamdulillah… Letaklah – Tok Mat Hasan


“Apa yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi adalah sesuatu yang realistik dan mampu dilaksanakan bagi kita memikul tanggungjawab untuk terus menjaga kebajikan Bangsa Johor,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syed Hussien berkata sambutan rakyat sepanjang lima hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terus memberikan keyakinan kepada BN untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat.

Manifesto BN Realistik, Mampu Pacu Johor Ke Arah Maju 2030 – Syed Hussien

Beliau berkata pendekatan turun padang dan mendekati rakyat bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah dilaksanakan sejak beliau diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota pada Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu.

“Alhamdulillah, sambutan masyarakat masih lagi meriah. Mereka sentiasa mendoakan agar calon dan parti yang saya wakili terus diberi kemenangan untuk meneruskan agenda pembangunan Johor.

“Dalam tempoh setahun lapan bulan berkhidmat sebagai ADUN, saya sentiasa berusaha menjadi wakil rakyat yang mudah didekati, mesra dan mendengar setiap permasalahan rakyat. Walaupun tidak semua isu dapat diselesaikan dalam tempoh singkat, banyak perkara utama telah berjaya kita selesaikan secara berperingkat,” katanya lagi. – UMNO Online

Manifesto BN Realistik, Mampu Pacu Johor Ke Arah Maju 2030 – Syed Hussien


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker