Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab

Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab

Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab

SEROM, 1 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom Nadhirah Afiqah Abdull Rahim menyifatkan pencalonan beliau sebagai satu penghormatan besar yang hadir bersama tanggungjawab yang amat berat demi memikul amanah parti dan rakyat.

Sebagai satu-satunya calon tunggal daripada Pergerakan Puteri UMNO di negeri Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, yang memilih nama Iqa Rahim untuk dicatat di dalam kertas undi mengakui terharu namun bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

 

Menurut Nadhirah Afiqah, beliau amat menagih kebersamaan dan sokongan padu daripada seluruh jentera parti serta pengundi untuk memastikan panji Barisan Nasional terus berkibar megah di DUN Serom.

“Perasaan saya apabila dicalonkan bagi DUN Serom ini sangat amat terharu, akan tetapi tanggungjawab itu adalah sangat berat untuk saya sebab saya adalah salah satu calon tunggal Puteri UMNO di dalam Johor.

“Jadi saya harap pasukan jentera Barisan Nasional, dan juga rakyat di luar sana membantu saya dan menyokong saya untuk kita bersama-sama mempertahankan Barisan Nasional di negeri Johor, terutama di DUN Serom ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN Johor: BN Pilih Pendekatan Berhemah, Elak “Bergaduh” – Zambry


Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab

Mengulas mengenai penerimaan masyarakat setempat sepanjang tempoh berkempen, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang itu menzahirkan rasa syukur atas maklum balas yang diterima, termasuk segala teguran yang membina.

“Alhamdulillah, ada yang bagi nasihat, ada yang bagi pandangan. Biasalah dalam kempen ini ada yang positif dan negatif. Jadi yang negatif tu kita ambil teladan dan kita perbaiki, kita ‘improve’ sehabis baik demi rakyat di luar sana,” ujarnya lagi dengan nada optimis.

Menyentuh mengenai manifesto dan tawaran buat DUN Serom khususnya, Nadhirah Afiqah menegaskan beliau lebih selesa bersikap realistik dan enggan menabur janji-janji kosong yang tidak mampu ditunaikan.

Katanya, selain mendukung Tekad yang telah digariskan oleh BN Johor secara menyeluruh, fokus utama beliau adalah untuk memperkasakan kemudahan sukan di kawasan tersebut, memandangkan kedudukan geografi Serom yang strategik berhampiran Muar dan negeri Melaka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jentera BN Endau Dan Tenggaroh Berada Pada Tahap Terbaik – Onn Hafiz


“Mewujudkan fasiliti dan utiliti sukan yang lebih lengkap dan moden di dalam DUN Serom serta memanfaatkan kedudukan Serom sebagai hub sukan pinggir bandar yang berpotensi tinggi.

“Tambahan pula hampir 19,000 pengundi muda daripada keseluruhan 40,000 pemilih berdaftar di DUN Serom, ini sebagai satu gelombang penting untuk membawa perubahan yang positif. Serom ini yang saya perhatikan sepanjang saya menjadi Ketua Puteri, ada banyak melahirkan atlet-atlet sukan.

“Jadi, saya harap anak-anak muda di luar sana berilah sokongan kepada saya untuk kita sama-sama memperhebatkan kredibiliti anak muda,” katanya di akhir bicara. – UMNO Online

Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kor Ming Nak Letak Jawatan? Alhamdulillah… Letaklah – Tok Mat Hasan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker