PRN Johor: BN Pilih Pendekatan Berhemah, Elak “Bergaduh” – Zambry
PRN Johor: BN Pilih Pendekatan Berhemah, Elak “Bergaduh” – Zambry

SHAH ALAM, 30 Jun – Barisan Nasional (BN) mengingatkan ahli-ahlinya agar berkempen secara matang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan menghindari pertelingkahan terbuka termasuk sebarang provokasi.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata strategi itu dirangka bagi membolehkan jentera parti menumpukan sepenuhnya terhadap usaha menyalurkan khidmat terbaik kepada pengundi di peringkat akar umbi.
“Kita (BN) mengambil pendekatan untuk tidak bergaduh seperti mana disebutkan Presiden Parti dan juga Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kerana kita sekarang berada di peringkat Persekutuan. Kita berada dalam kerajaan yang sama dan pelbagai parti.
“Kita telahpun memberikan arahan kepada semua jentera kita. Seperti biasa BN akan bekerja kerana BN tidak banyak bercakap. Kita tidak pandai maki hamun atau menabur fitnah kerana BN mahu pastikan pilihan raya berlangsung dengan baik serta hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan inisiatif Semikonduktor@UiTM di Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah UiTM, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Lebih Bersedia, PH Masih Gagal Kemuka Manifesto PRN Johor – Gulam Muszaffar
- Rakyat Johor Akan Nilai Rekod, Bukan Retorik Politik – Calon BN Semerah
- Lawan Tetap Lawan, Lassim Beri Jaminan Di Sri Gading
Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy
Zambry berkata, setiap gerak kerja parti kini lebih tertumpu kepada tawaran solusi praktikal bagi menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan yang terlibat.
“Apapun keputusan yang kita buat yang paling mustahak ialah pergerakan kita untuk dapatkan sokongan daripada rakyat. Selesa atau tidak keputusan telahpun kita buat dan yang paling mustahak ialah kita dapat hormat-menghormati antara satu sama lain.
“Hak untuk mengundi ini kita tidak boleh memaksa tapi yang paling mustahak ialah kita membawa asas-asas dan juga hujah yang baik kenapa mereka perlu memilih Barisan Nasional,” katanya.
Mengulas lanjut, Zambry berkata keutamaan gabungan parti komponen BN (UMNO, MCA, MIC) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) adalah untuk memastikan segala perancangan strategik dilaksanakan secara berintegriti tinggi untuk mengekalkan kestabilan politik negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Aznan Sasar Pertahan Kemenangan, Kukuhkan Kubu BN Di Tanjung Surat
- Anak Muda Melaka Peneraju Masa Depan Negeri, Agenda TVET Terus Diperkasa
- Zaidi Persoal Pas, Bersatu Tidak Bertanding Lawan Dap di PRN Johor
Semangat Jentera BN Membara, Noor Azleen Seru Kempen Berhemah
Sebagai parti kompenan politik yang berpengalaman, beliau berkata BN yakin tumpuan terhadap pembangunan ekonomi dan modal insan akan menjadi faktor penentu utama kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan mereka.
BN meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor.
PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai. – BERNAMA
PRN Johor: BN Pilih Pendekatan Berhemah, Elak “Bergaduh” – Zambry
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Ajak Pengundi Kenali Calon BN Menerusi Portal PRN Johor
- BN Tawar Agenda Masa Depan Anak Muda Menerusi Manifesto PRN Johor
- BN Tawar Agenda Masa Depan Anak Muda Menerusi Manifesto PRN Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jentera BN Endau Dan Tenggaroh Berada Pada Tahap Terbaik – Onn Hafiz
You must be logged in to post a comment.