PRN: Aznan Sasar Pertahan Kemenangan, Kukuhkan Kubu BN Di Tanjung Surat
PRN: Aznan Sasar Pertahan Kemenangan, Kukuhkan Kubu BN Di Tanjung Surat

TANJUNG SURAT, 28 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin bertekad memastikan kawasan itu terus kekal menjadi kubu kuat BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Beliau berkata, amanah yang diberikan oleh kepimpinan parti akan digalas dengan penuh tanggungjawab demi mengekalkan kepercayaan rakyat serta mempertahankan kemenangan yang diraih pada pilihan raya lalu.
“Saya akan berusaha sebaik-baiknya bagi memastikan DUN Tanjung Surat terus kekal menjadi kubu kuat BN serta mempertahankan kemenangan yang telah dicapai pada PRN lalu,” katanya.
Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pengerang itu, beliau optimis jentera BN akan bekerja bersungguh-sungguh sepanjang tempoh kempen bagi memastikan sokongan rakyat terus memihak kepada parti, sekali gus meningkatkan majoriti kemenangan.
Dalam masa sama, Aznan turut merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kepercayaan yang sekali lagi diberikan kepadanya untuk mempertahankan kerusi DUN Tanjung Surat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Heret Institusi Raja Kerana Kekecewaan Politik, Cerminan Sikap Kebudak-Budakan – Zawawi
- Tuduhan ‘Dikawal’ Tidak Berasas, Jangan Heret Istana Johor Dalam Pertikaian Politik – Aznan
- Najib Hargai Kepercayaan BN, Tekad Pertahan DUN Parit Yaani
Malaysia–Indonesia Perkukuh Kerjasama Strategik Industri Halal
Pada PRN Johor kali ini, DUN Tanjung Surat menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Harapan (PH), dengan Aznan yakin sokongan rakyat akan terus memihak kepada BN.
Aznan yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor berkata seluruh jentera BN sentiasa menunjukkan kesungguhan yang luar biasa dalam mendekati rakyat serta menyampaikan mesej perjuangan parti di setiap kawasan.

“Saya yakin dan percaya kepada seluruh jentera BN yang terus bekerja keras, bergerak tanpa mengenal penat lelah serta komited menyampaikan mesej perjuangan parti kepada rakyat.
“Semangat, kesungguhan dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh setiap anggota jentera menjadi kekuatan utama BN dalam menghadapi PRN ini,” ujarnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 2,727,926 pemilih berdaftar yang layak mengundi bagi PRN Johor ke-16, berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan April 2026 yang diwartakan pada 21 Mei.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Kekal Pendirian, Fokus Kestabilan Demi Rakyat – Onn Hafiz
- Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara
- Senarai Calon BN PRN Johor
Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat
DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu, dan SPR pengundian awal pada 7 Julai dan hari mengundi pada 11 Julai.
Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 10 Julai (Jumaat).
BN bertanding di kesemua 56 kerusi DUN yang terdapat dalam negeri Johor. – UMNO Online
You must be logged in to post a comment.