Malaysia–Indonesia Perkukuh Kerjasama Strategik Industri Halal
Malaysia–Indonesia Perkukuh Kerjasama Strategik Industri Halal

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Malaysia dan Indonesia terus memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama strategik dalam pembangunan industri halal, perdagangan, pembangunan luar bandar serta pembangunan modal insan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, TYT Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya Kusumo bersama Kepala Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH), Ir. Dr. Ahmad Haikal Hassan di Bangunan Parlimen, semalam.
Menurut beliau, pertemuan itu turut meneliti beberapa cadangan baharu yang berpotensi memperkukuh ekosistem halal di peringkat serantau dan global, termasuk penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia (Malaysia-Indonesia Halal Council – MIHC), ASEAN Halal Council serta World Halal Development Council.
“Platform ini penting bagi mengharmonikan piawaian halal, memperluas perdagangan dan pelaburan halal serta memperkukuh kerjasama antarabangsa pada masa hadapan,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia akan terus menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kukuh, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada kedua-dua negara.
“Kerjasama ini diyakini mampu menyumbang kepada pembangunan ekosistem halal yang lebih mampan dan berdaya saing di peringkat serantau serta global,” ujarnya lagi. – UMNO Online
Malaysia–Indonesia Perkukuh Kerjasama Strategik Industri Halal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Kekal Pendirian, Fokus Kestabilan Demi Rakyat – Onn Hafiz
- Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara
- Senarai Calon BN PRN Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat
You must be logged in to post a comment.