Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara

Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara

Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara

 

JOHOR BAHRU, 24 Jun – Perkarangan Bangunan UMNO Negeri Johor hari ini dibanjiri lebih 3,000 penyokong yang hadir membawa semangat, harapan dan keyakinan tinggi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Tinjauan UMNO Online mendapati rata-rata penyokong yang hadir teruja dan tidak sabar menantikan detik pengumuman rasmi yang dijadualkan pada jam 5.00 petang. Kehadiran mereka sejak awal petang lagi mencerminkan sokongan padu serta semangat akar umbi dalam menghadapi pilihan raya yang bakal berlangsung.

Suasana sekitar turut diselubungi gelombang biru apabila penyokong dari pelbagai bahagian hadir bagi memberikan sokongan kepada parti.

Dengan mengenakan baju biru Barisan Nasional (BN), ada yang datang beramai-ramai menaiki bas, kenderaan persendirian dan konvoi motosikal dari pelbagai pelosok negeri. Sorakan, laungan semangat serta kibaran bendera BN menceriakan suasana.

Penyokong tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video sebagai kenangan, manakala kumpulan anak muda terus menghangatkan suasana dengan nyanyian lagu-lagu perjuangan parti. Ada yang sanggup berdiri berjam-jam semata-mata mahu menjadi antara yang terawal mengetahui senarai calon yang bakal ditampilkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


Dalam PRN Johor kali ini, BN mempertaruhkan kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan sasaran membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dan stabil, sekali gus meneruskan agenda pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara

PRN ini bukan sekadar pengumuman calon. Ia adalah simbol kebangkitan jentera, penyatuan kekuatan parti dan permulaan kepada satu lagi perjuangan besar untuk mendapatkan mandat rakyat Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 2,727,926 pemilih berdaftar yang layak mengundi bagi PRN Johor ke-16, berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan April 2026 yang diwartakan pada 21 Mei.

Seramai 2,703,175 merupakan pemilih biasa, manakala 24,751 terdiri daripada anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA), tentera dan pasangan tentera.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 7 Julai dan hari mengundi pada 11 Julai.

Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 10 Julai (Jumaat). – UMNO Online

Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker