Semangat Jentera BN Membara, Noor Azleen Seru Kempen Berhemah
Semangat Jentera BN Membara, Noor Azleen Seru Kempen Berhemah

JOHOR BAHRU, 27 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menyifatkan motivasi dan semangat jentera Barisan Nasional (BN) berada pada tahap yang amat tinggi selepas selesai proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau berkata, sokongan yang ditunjukkan oleh jentera di semua peringkat amat memberangsangkan apabila masing-masing hadir mengiringi calon BN di pusat penamaan calon, sekali gus membuktikan kesediaan mereka untuk mengharungi tempoh kempen.
“Motivasi dan moral sokongan kepada BN berada dalam keadaan yang sangat baik. Masing-masing berkobar-kobar dan bersemangat untuk menjayakan gerak kerja kempen bagi kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan,” katanya.
Noor Azleen turut menyertai perarakan ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang bagi mengiringi calon Barisan Nasional DUN N.43 Permas, Baharudin Mohamed Taib.
Menurut beliau, semangat dan kesungguhan yang dipamerkan oleh jentera parti pada hari penamaan calon mencerminkan kesediaan BN untuk memulakan kempen PRN Johor 2026 yang berlangsung selama 14 hari sehingga pukul 11.59 malam, 10 Julai 2026.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Heret Institusi Raja Kerana Kekecewaan Politik, Cerminan Sikap Kebudak-Budakan – Zawawi
- Tuduhan ‘Dikawal’ Tidak Berasas, Jangan Heret Istana Johor Dalam Pertikaian Politik – Aznan
- Najib Hargai Kepercayaan BN, Tekad Pertahan DUN Parit Yaani
Malaysia–Indonesia Perkukuh Kerjasama Strategik Industri Halal
Dalam pada itu, beliau mengingatkan seluruh jentera parti supaya mengekalkan kempen yang berhemah sepanjang tempoh berkempen.
“Walaupun semua teruja untuk berkempen, saya mengingatkan diri sendiri dan seluruh jentera agar sentiasa menjaga adab, tata susila serta sopan santun. Tidak perlu terlalu emosional.
“Berkempenlah dengan tertib, matang dan berhemah dengan mengemukakan idea, tawaran serta perancangan masa depan yang terbaik untuk Bangsa Johor dan negeri Johor.
“Demokrasi yang sihat bermula dengan rasa hormat sesama kita,” katanya lagi.
Proses penamaan calon bagi PRN Johor ke-16 hari ini selesai, dengan 172 calon diisytiharkan layak bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membuka secara rasmi tempoh berkempen menjelang hari pengundian pada 11 Julai depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Kekal Pendirian, Fokus Kestabilan Demi Rakyat – Onn Hafiz
- Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara
- Senarai Calon BN PRN Johor
Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat
DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan pada 1 Jun lepas dan SPR menetapkan 7 Julai ini bagi hari pengundian awal, manakala 11 Julai sebagai hari mengundi.
Berdasarkan statistik SPR, PRN kali ini melibatkan sebanyak 2,727,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan. – UMNO Online
Semangat Jentera BN Membara, Noor Azleen Seru Kempen Berhemah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 63 Tekad, Enam Teras Maju Johor Perkasakan Lagi Agenda Pembangunan Negeri – Onn Hafiz
- Anak Muda BERSATU Sertai UMNO Di DUN Benut
- Anak Muda Perlu Berpolitik Berasaskan Fakta, Tolak Manipulasi Persepsi – Syahmi Ahmadi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sudah-Sudahlah Drama Keluar Parti, Setialah Kepada Perjuangan UMNO – Norsabrina
You must be logged in to post a comment.