Sudah-Sudahlah Drama Keluar Parti, Setialah Kepada Perjuangan UMNO – Norsabrina
Sudah-Sudahlah Drama Keluar Parti, Setialah Kepada Perjuangan UMNO – Norsabrina

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor menggesa segelintir pihak yang kecewa dengan pemilihan calon dalam pilihan raya agar menghentikan tindakan mengugut untuk keluar parti atau mencetuskan polemik yang hanya merugikan perjuangan UMNO.
Menurut beliau, sikap sedemikian bukan mencerminkan semangat perjuangan seorang ahli parti yang benar-benar setia, sebaliknya hanya mengundang persepsi negatif terhadap UMNO ketika parti sedang berdepan cabaran penting.
“Sudah-sudahlah buat drama keluar parti, ugut sana sini. Jadilah orang UMNO yang setia. Saya sendiri pernah menang dua penggal sebagai ADUN termasuk ketika tsunami politik melanda Barisan Nasional (BN), tetapi apabila tidak dicalonkan semula, saya tidak pula ‘meroyan’ atau bertindak membelakangi parti,” katanya kepada UMNO Online.
Beliau berkata, setiap ahli perlu menghormati keputusan pucuk pimpinan kerana pemilihan calon dibuat berdasarkan pertimbangan terbaik demi memastikan kemenangan parti, bukannya memenuhi kepentingan individu.
Norsabrina turut menekankan bahawa kekuatan UMNO selama ini dibina atas asas disiplin, kesetiaan dan semangat berkorban, bukan dengan budaya mendesak atau mengugut apabila kehendak peribadi tidak dipenuhi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Kekal Pendirian, Fokus Kestabilan Demi Rakyat – Onn Hafiz
- Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara
- Senarai Calon BN PRN Johor
Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat
Tegas beliau, ahli yang benar-benar ikhlas berjuang akan terus bekerja untuk kemenangan parti tanpa mengira sama ada diberi jawatan atau peluang bertanding.
“Perjuangan bukan tentang kerusi, tetapi tentang maruah parti dan amanah kepada rakyat. Jangan kerana kecewa, kita sanggup melemahkan rumah yang kita bina bersama,” katanya lagi. – UMNO Online
Sudah-Sudahlah Drama Keluar Parti, Setialah Kepada Perjuangan UMNO – Norsabrina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Heret Institusi Raja Kerana Kekecewaan Politik, Cerminan Sikap Kebudak-Budakan – Zawawi
- Tuduhan ‘Dikawal’ Tidak Berasas, Jangan Heret Istana Johor Dalam Pertikaian Politik – Aznan
- Najib Hargai Kepercayaan BN, Tekad Pertahan DUN Parit Yaani
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–Indonesia Perkukuh Kerjasama Strategik Industri Halal
You must be logged in to post a comment.