63 Tekad, Enam Teras Maju Johor Perkasakan Lagi Agenda Pembangunan Negeri – Onn Hafiz

63 Tekad, Enam Teras Maju Johor Perkasakan Lagi Agenda Pembangunan Negeri – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 26 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor melancarkan manifesto mengandungi 63 tekad berteraskan enam teras Maju Johor bagi meneruskan agenda pembangunan negeri dengan tema “Maju Johor, Kestabilan Dikekalkan, Kemajuan Diteruskan.”
Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata manifesto itu disusun berdasarkan pengalaman mentadbir negeri selama empat tahun serta rekod pencapaian kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan rakyat.
63 Tekad, Enam Teras Maju Johor Perkasakan Lagi Agenda Pembangunan Negeri – Onn Hafiz
Beliau berkata antara fokus utama manifesto itu ialah memperkukuh Bantuan Kasih Johor (BKJ) secara bersasar, menyediakan skim bayaran deposit sewaan rumah untuk golongan muda dan meningkatkan akses pemilikan Rumah Subsidi Johor menerusi dana RM100 juta.
Selain itu, BN Johor turut beriltizam meneruskan bantuan rumah pertama, bantuan masuk rumah dan bantuan sewa rumah, di samping mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan berkualiti untuk Anak Johor.
Manifesto itu juga menggariskan pengecualian bayaran lesen perniagaan tahun pertama kepada penjaja dan peniaga kecil, penambahan dana pembiayaan mikro tanpa faedah sebanyak RM100 juta serta usaha melonjakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Johor dalam rantaian bekalan pelaburan strategik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat


Dalam sektor pendidikan, BN Johor berjanji mengukuhkan Dana Pendidikan Orang Muda Johor dengan peruntukan RM100 juta, meneruskan Insentif Mahasiswa Anak Johor serta melaksanakan Program Semarak Isya’.
Onn Hafiz berkata setiap tekad yang digariskan dirangka berdasarkan keperluan sebenar rakyat merangkumi aspek pekerjaan, perniagaan, perumahan, pendidikan dan kesejahteraan hidup.
Beliau berkata manifesto berkenaan bukan sekadar janji pilihan raya, sebaliknya dibina berasaskan pengalaman mentadbir, rekod pencapaian serta komitmen untuk meneruskan pembangunan Johor.
Menurut beliau, rakyat Johor kini mempunyai peluang untuk menentukan kesinambungan agenda pembangunan negeri melalui mandat yang akan diberikan kepada BN.
Katanya, kerajaan negeri telah membina asas pembangunan sepanjang tempoh pentadbiran lalu dan kini berhasrat meneruskan momentum itu demi memastikan Johor terus maju, makmur dan sejahtera. – UMNO Online

 

63 Tekad, Enam Teras Maju Johor Perkasakan Lagi Agenda Pembangunan Negeri – Onn Hafiz


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malaysia–Indonesia Perkukuh Kerjasama Strategik Industri Halal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker