BN Tawar Agenda Masa Depan Anak Muda Menerusi Manifesto PRN Johor
BN Tawar Agenda Masa Depan Anak Muda Menerusi Manifesto PRN Johor

JOHOR BAHRU, 29 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor tampil dengan manifesto yang memberi penekanan khusus kepada kebajikan dan masa depan golongan muda menerusi tawaran peluang pekerjaan berkualiti, gaji bermaruah, pendidikan serta pemilikan rumah sebagai antara keutamaan sekiranya diberi mandat mentadbir.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, manifesto bertemakan ‘Tekad BN: Maju Johor, Kestabilan Dikekalkan, Kemajuan Diteruskan” itu disusun berdasarkan keperluan sebenar rakyat, khususnya generasi muda yang bakal menjadi pemacu pembangunan negeri.
Menurut beliau, manifesto tersebut bukan sekadar mengandungi janji politik, sebaliknya menawarkan penyelesaian yang praktikal dengan pelan tindakan yang jelas.
“Orang muda hari ini tidak mahu lagi mendengar janji kosong. Mereka mahu peluang pendidikan yang lebih baik, pekerjaan yang stabil dengan gaji yang bermaruah serta peluang memiliki kediaman sendiri.
“Semua perkara ini menjadi keutamaan dalam manifesto BN kerana kita mahu memastikan masa depan anak muda Johor lebih terjamin,” katanya ketika bercakap dalam sesi podcast #HitamPutihKelabu bertajuk Pilihan Raya Johor: Perspektif Suara Anak Muda yang disiarkan oleh Penerangan UMNO Malaysia, malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 63 Tekad, Enam Teras Maju Johor Perkasakan Lagi Agenda Pembangunan Negeri – Onn Hafiz
- Anak Muda BERSATU Sertai UMNO Di DUN Benut
- Anak Muda Perlu Berpolitik Berasaskan Fakta, Tolak Manipulasi Persepsi – Syahmi Ahmadi
Sudah-Sudahlah Drama Keluar Parti, Setialah Kepada Perjuangan UMNO – Norsabrina
Beliau berkata, kerajaan BN Johor sentiasa mengambil pendekatan mesra belia dengan merangka dasar yang memenuhi keperluan dan aspirasi generasi muda, sekali gus memastikan mereka terus menikmati peluang pembangunan yang lebih baik.
Noor Azleen berkata, selain agenda pembangunan belia, BN turut komited meneruskan pelaksanaan Inisiatif Bantuan Kasih Johor yang telah dilaksanakan secara berfasa bagi membantu pelbagai golongan rakyat.
Menurutnya, kesinambungan bantuan itu membuktikan komitmen BN untuk memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara tanpa mengira latar belakang.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan berdasarkan kemampuan sesebuah parti mentadbir serta rekod pencapaiannya, bukannya semata-mata janji sepanjang kempen.
Katanya, BN bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan hasrat jelas membentuk kerajaan negeri, sekali gus menunjukkan kesediaan parti itu untuk terus memimpin Johor.
“Pilihan raya ini bukan masa untuk mencuba-cuba atau bereksperimen. Undi yang diberikan akan menentukan hala tuju Johor untuk tempoh lima tahun akan datang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Aznan Sasar Pertahan Kemenangan, Kukuhkan Kubu BN Di Tanjung Surat
- Anak Muda Melaka Peneraju Masa Depan Negeri, Agenda TVET Terus Diperkasa
- Zaidi Persoal Pas, Bersatu Tidak Bertanding Lawan Dap di PRN Johor
Semangat Jentera BN Membara, Noor Azleen Seru Kempen Berhemah
“BN mempunyai manifesto, kepimpinan yang jelas, pengalaman mentadbir serta rekod yang boleh dinilai rakyat. Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar, Johor memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi memastikan pembangunan terus dipacu,” katanya.
Beliau juga yakin rakyat Johor akan membuat keputusan yang terbaik dengan memilih kepimpinan yang mampu menjamin kestabilan serta menyediakan masa depan yang lebih cerah kepada generasi muda dan seluruh Bangsa Johor. – UMNO Online
BN Tawar Agenda Masa Depan Anak Muda Menerusi Manifesto PRN Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Lebih Bersedia, PH Masih Gagal Kemuka Manifesto PRN Johor – Gulam Muszaffar
- Rakyat Johor Akan Nilai Rekod, Bukan Retorik Politik – Calon BN Semerah
- Lawan Tetap Lawan, Lassim Beri Jaminan Di Sri Gading
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy
You must be logged in to post a comment.