Ahmad Zahid Ajak Pengundi Kenali Calon BN Menerusi Portal PRN Johor
Ahmad Zahid Ajak Pengundi Kenali Calon BN Menerusi Portal PRN Johor

JOHOR BAHRU, 29 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh pengundi dan rakyat Johor untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi laman web prnjohor.com
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata platform digital berkenaan membolehkan orang ramai mengenali calon BN di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), manifesto, perkembangan kempen dan maklumat terkini berkaitan pilihan raya itu.
“Mari bersama-sama membuat pilihan berdasarkan fakta dan maklumat yang sahih. Insya-Allah semoga yang terbaik buat Johor Darul Ta’zim,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Dilaporkan, portal tersebut dibangunkan oleh Penerangan UMNO Malaysia khusus sempena PRN Johor. – UMNO Online
Ahmad Zahid Ajak Pengundi Kenali Calon BN Menerusi Portal PRN Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Lebih Bersedia, PH Masih Gagal Kemuka Manifesto PRN Johor – Gulam Muszaffar
- Rakyat Johor Akan Nilai Rekod, Bukan Retorik Politik – Calon BN Semerah
- Lawan Tetap Lawan, Lassim Beri Jaminan Di Sri Gading
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy
You must be logged in to post a comment.