Jentera BN Endau Dan Tenggaroh Berada Pada Tahap Terbaik – Onn Hafiz

Jentera BN Endau Dan Tenggaroh Berada Pada Tahap Terbaik – Onn Hafiz

Jentera BN Endau Dan Tenggaroh Berada Pada Tahap Terbaik – Onn Hafiz

ENDAU, 29 Jun – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan keyakinan terhadap kekuatan jentera Barisan Nasional (BN) di Parlimen Mersing, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau dan Tenggaroh, yang disifatkan berada pada tahap terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya, gerak kerja tersusun dan komitmen tinggi jentera parti berjaya mewujudkan suasana kempen yang positif, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap calon-calon BN.

“Saya melihat jentera BN di Mersing terutamanya DUN Endau dan Tenggaroh berada dalam keadaan yang cukup baik. Penerimaan rakyat terhadap calon BN, Alwiyah Talib atau lebih dikenali sebagai Kak Awi cukup memberangsangkan.

“Kita berdoa agar momentum ini diteruskan sehingga pada hari mengundi pada 11 Julai nanti dan saya melihat kempen PRN Johor ini berjalan dengan baik dan lancar,” katanya pada Program Onn x Onn di sini, hari ini.

Turut Hadir, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jailani Johari; Bekas Menteri Besar Terengganu; Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman; Ketua Penerangan UMNO Negeri Terengganu Datuk Muhammad Pehmi Yusof; calon BN bagi DUN Tenggaroh, Mohd Youzami  Yusof; calon BN bagi DUN Endau Alwiyah Talib serta jentera BN.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sudah-Sudahlah Drama Keluar Parti, Setialah Kepada Perjuangan UMNO – Norsabrina


Tambah beliau, sambutan yang diterima daripada masyarakat menjadi petunjuk positif bahawa rakyat terus meletakkan kepercayaan kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan negeri serta memastikan kestabilan yang dinikmati Johor dapat dikekalkan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi BN Johor percaya penerimaan akar umbi terhadap kepulangan Kak Awi membuktikan semangat perpaduan dalam kalangan ahli BN semakin kukuh demi memastikan perjuangan parti terus diperkasakan.

“Saya bersyukur dengan konsep ‘Rumah Bangsa’ yang digagaskan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan diperingkat akar umbi dapat menerima Kak Awi kembali ke BN.

“Beliau (Kak Awi) adalah pemimpin yang baik dan sentiasa buat kerja. Alhamdulillah… beliau kembali kepada BN dan demi Bangsa Johor tidak ada masalah,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal pada 7 Julai dan hari mengundi pada 11 Julai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Jentera BN Membara, Noor Azleen Seru Kempen Berhemah


Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 10 Julai (Jumaat). – UMNO Online

Jentera BN Endau Dan Tenggaroh Berada Pada Tahap Terbaik – Onn Hafiz


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker