Zaidi Persoal Pas, Bersatu Tidak Bertanding Lawan Dap di PRN Johor

Zaidi Persoal Pas, Bersatu Tidak Bertanding Lawan Dap di PRN Johor

Zaidi Persoal Pas, Bersatu Tidak Bertanding Lawan Dap di PRN Johor

JOHOR BAHRU, 27 Jun – Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Dr. Mohd Zaidi Md. Zain mempersoalkan tindakan Perikatan Nasional (PN), khususnya Pas dan Bersatu, yang menurutnya tidak meletakkan calon di kerusi-kerusi yang ditandingi Dap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, selama ini kedua-dua parti itu sering melabel UMNO sebagai “UMDap” dan mendakwa parti berkenaan bersekongkol dengan Dap, namun keadaan yang berlaku pada PRN Johor dilihat bertentangan dengan naratif tersebut.

Menurut Zaidi, sekiranya Dap benar-benar dianggap sebagai musuh politik utama seperti yang sering didakwa, Pas dan Bersatu seharusnya membuktikan pendirian itu dengan bertanding secara berdepan di kerusi-kerusi yang ditandingi parti berkenaan.

“Sebaliknya, calon-calon Barisan Nasional (BN) daripada UMNO, MCA dan MIC yang tampil bertanding menentang Dap, sedangkan Pas dan Bersatu memilih untuk tidak berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada tuduhan terhadap UMNO selama ini hanyalah retorik politik tanpa disusuli tindakan di medan pilihan raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malaysia–Indonesia Perkukuh Kerjasama Strategik Industri Halal


Zaidi turut menegaskan bahawa politik tidak seharusnya dibina atas slogan dan persepsi semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten.

“Kalau benar yakin dengan perjuangan sendiri, buktikan di medan pilihan raya. Akhirnya rakyat akan menilai berdasarkan tindakan, bukan laungan.

“Siapa yang hanya bercakap dan siapa yang benar-benar turun bertanding, rakyat sendiri akan membuat penilaian,” katanya. – UMNO Online

Zaidi Persoal Pas, Bersatu Tidak Bertanding Lawan Dap di PRN Johor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sudah-Sudahlah Drama Keluar Parti, Setialah Kepada Perjuangan UMNO – Norsabrina

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker