Alwiyah Tekad Buktikan Kepercayaan Kepimpinan BN Johor
Alwiyah Tekad Buktikan Kepercayaan Kepimpinan BN Johor

ENDAU, 30 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan BN Johor, khususnya Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, atas kepercayaan yang diberikan untuk terus membawa panji BN di kerusi DUN Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurut beliau, kepercayaan tersebut amat bermakna memandangkan beliau baru sahaja kembali menyertai BN menerusi gagasan “Rumah Bangsa”.
“Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang memberi kepercayaan mencalonkan saya meskipun baru saja masuk kembali kepada Rumah Bangsa.
“Walaupun saya kekal bertanding di DUN Endau. Saya tidak menganggap ini satu perjalanan yang mudah, seperti mana sedia maklum, tentunya saya terpaksa menghadapi pelbagai reaksi daripada pihak Perikatan Nasional (PN) dan juga di kalangan bangsa Johor juga.
“Tapi saya anggap itu satu cara untuk tingkatkan usaha lebih lagi dalam memastikan kerusi N32 DUN Endau kekal kepada Barisan Nasional (BN). Insya-Allah… saya akan cuba sebaik-baiknya dengan dibantu jentera-jentera daripada BN bahagian Mersing,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Lebih Bersedia, PH Masih Gagal Kemuka Manifesto PRN Johor – Gulam Muszaffar
- Rakyat Johor Akan Nilai Rekod, Bukan Retorik Politik – Calon BN Semerah
- Lawan Tetap Lawan, Lassim Beri Jaminan Di Sri Gading
Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy
Tambah beliau, fasa tersebut telah dilalui dan Alhamdulillah berkat kerjasama semua sokongan dari jentera parti dan kepimpinan UMNO Bahagian Mersing, semuanya berjalan lancar dan momentum itu sudah kembali seperti mana sebelum-sebelumnya.
Mengulas lanjut Alwiyah yang lebih dikenali sebagai Kak Awi, meluahkan rasa syukur dan bertuah atas penerimaan yang amat baik daripada akar umbi parti serta masyarakat di kawasan Mersing.
“Akar umbi parti menerima saya dengan sebaik-baiknya, itu adalah pandangan dari rakyat Mersing. Mereka masih mahu beri peluang untuk saya buktikan kerja-kerja yang saya buat sebelum ini dapat diteruskan kepada yang mana-mana belum sempat siapkan sebelum ini.
“Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat bukan sekadar satu penghormatan, malah merupakan amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab demi memastikan setiap agenda pembangunan dan kebajikan masyarakat dapat diteruskan tanpa henti,” jelasnya.
Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus mendekati rakyat, mendengar denyut nadi masyarakat serta memastikan setiap janji dan usaha yang dirancang dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar buat penduduk Endau. – UMNO Online
Alwiyah Tekad Buktikan Kepercayaan Kepimpinan BN Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Ajak Pengundi Kenali Calon BN Menerusi Portal PRN Johor
- BN Tawar Agenda Masa Depan Anak Muda Menerusi Manifesto PRN Johor
- BN Tawar Agenda Masa Depan Anak Muda Menerusi Manifesto PRN Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jentera BN Endau Dan Tenggaroh Berada Pada Tahap Terbaik – Onn Hafiz
You must be logged in to post a comment.