Nagelsmann mahu terus bimbing Jerman

Nagelsmann mahu terus bimbing Jerman

Nagelsmann mahu terus bimbing Jerman
NAGELSMANN kecewa selepas Jerman tersingkir. FOTO Reuters

Foxborough: Jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann menegaskan beliau masih mahu meneruskan tugas mengendalikan skuad kebangsaan meskipun pasukannya tersingkir secara mengejut pada pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 selepas tewas kepada Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti.

Kekalahan itu menimbulkan tanda tanya terhadap masa depan Nagelsmann selepas Jerman gagal menyerlah di pentas Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut, susulan penyingkiran di peringkat kumpulan pada edisi 2018 dan 2022.

Pengendali berusia 38 tahun itu sebelum kejohanan meletakkan sasaran tinggi untuk membawa Jerman meraih gelaran dunia kelima, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila mereka tersingkir lebih awal.

Nagelsmann yang mengambil alih pasukan pada 2023 berkata beliau bersedia untuk terus memimpin sekiranya masih mendapat kepercayaan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB).

“Perkara itu bukan lagi di tangan saya, tetapi saya bersedia jika mereka masih mahukan saya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy


“Jika ada pihak yang tidak lagi mahukan saya, mereka perlu beritahu. Saya mahu teruskan tugas ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan bukan jenis individu yang akan meninggalkan pasukan ketika berdepan kegagalan.

“Saya bukan seseorang yang akan melarikan diri. Saya mahu teruskan, tetapi dalam bola sepak, kita tidak mengawal segala-galanya.

“Jika DFB masih mahukan saya, saya akan membuat persiapan menghadapi Kejohanan Eropah dan Liga Negara-Negara,” katanya.

Jerman turut mencipta rekod yang tidak diingini apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti buat kali pertama di Piala Dunia, sekali gus menamatkan reputasi mereka sebagai antara pasukan paling tenang dari titik penalti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Jentera BN Membara, Noor Azleen Seru Kempen Berhemah


Kai Havertz, Nick Woltemade dan Jonathan Tah gagal menyempurnakan sepakan masing-masing, sekali gus menyebabkan ribuan penyokong Jerman di Stadium Boston serta jutaan peminat di tanah air pulang dengan penuh kehampaan.

Sejak menjulang Piala Dunia buat kali keempat pada 2014, Jerman masih gagal melangkah ke pentas final mana-mana kejohanan utama.

“Masih banyak yang kami mampu lakukan dalam kejohanan ini. Kami sebenarnya mahu menguji kemampuan menentang Perancis pada pusingan 16 terbaik, tetapi hakikatnya apa yang kami lakukan kali ini masih belum cukup baik,” katanya.

Nagelsmann mahu terus bimbing Jerman


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jentera BN Endau Dan Tenggaroh Berada Pada Tahap Terbaik – Onn Hafiz

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker