Pengurusan Pekerja Asing Diperkemas Demi Kepentingan Negara – Ahmad Zahid

Pengurusan Pekerja Asing Diperkemas Demi Kepentingan Negara – Ahmad Zahid

Pengurusan Pekerja Asing Diperkemas Demi Kepentingan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Kerajaan terus komited memperkukuh sistem pengurusan pekerja asing negara menerusi pendekatan yang lebih terselaras, cekap dan berintegriti bagi memastikan keperluan industri dapat diseimbangkan dengan kepentingan negara serta kebajikan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing yang dipengerusikannya semalam telah mencapai beberapa persetujuan utama, termasuk penyelarasan Pusat

Sehenti Pengurusan Pekerja Asing (One Stop Centre) di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia.

Pengurusan Pekerja Asing Diperkemas Demi Kepentingan Negara – Ahmad Zahid

Menurut beliau, mesyuarat turut bersetuju meneliti semula keperluan tenaga kerja asing secara lebih bersasar mengikut keperluan industri, di samping memperkemaskan keahlian serta terma rujukan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan kekal komited mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing melalui peningkatan penyertaan tenaga kerja tempatan, pengukuhan tenaga kerja mahir serta mempercepat peralihan industri ke arah automasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN Johor: BN Pilih Pendekatan Berhemah, Elak “Bergaduh” – Zambry


“Matlamat kita adalah untuk memastikan sistem pengurusan pekerja asing menjadi lebih cekap dan berintegriti, di samping mengimbangi keperluan industri, keselamatan negara serta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Insya-Allah, setiap langkah yang diambil akan terus berpaksikan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – UMNO Online

Pengurusan Pekerja Asing Diperkemas Demi Kepentingan Negara – Ahmad Zahid


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kor Ming Nak Letak Jawatan? Alhamdulillah… Letaklah – Tok Mat Hasan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker