Titah Sultan Selangor Dedah Hakikat Sebenar Projek LRT3 – Mohd Razlan

Titah Sultan Selangor Dedah Hakikat Sebenar Projek LRT3 – Mohd Razlan

Titah Sultan Selangor Dedah Hakikat Sebenar Projek LRT3 – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata titah Sultan Selangor berhubung perjalanan projek Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) telah membuka ruang kepada rakyat untuk menilai sendiri sejarah sebenar pelaksanaan projek tersebut.

Menurut beliau, titah baginda yang menyentuh perubahan skop projek ketika pentadbiran terdahulu, termasuk pengurangan beberapa komponen penting projek, memperlihatkan fakta yang perlu diketahui rakyat.

“Tuanku Sultan Selangor sendiri telah menjelaskan perjalanan projek LRT3. Dalam titah baginda turut disentuh bagaimana skop projek pernah dikecilkan ketika pentadbiran terdahulu, termasuk menyebut nama Lim Guan Eng dan Tony Pua.

“Rakyat kini boleh menilai sendiri apa yang berlaku sepanjang pelaksanaan projek ini serta pihak yang sebelum ini lantang mendakwa memperjuangkan kepentingan rakyat, namun akhirnya bertindak mengurangkan skop projek yang memberi manfaat kepada penduduk Selangor,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Razlan berkata, penjelasan Sultan Selangor itu turut memberikan gambaran jelas mengenai cabaran yang dilalui projek LRT3 sebelum ia kembali diteruskan bagi memenuhi keperluan pengangkutan awam rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kor Ming Nak Letak Jawatan? Alhamdulillah… Letaklah – Tok Mat Hasan


Beliau berpandangan bahawa rakyat kini mampu membuat penilaian berdasarkan fakta yang didedahkan berhubung perjalanan projek tersebut dan kesannya terhadap pembangunan infrastruktur di Selangor.

Razlan berkata, penjelasan baginda itu memberi gambaran jelas mengenai cabaran yang dilalui projek LRT3 sebelum ia diteruskan semula, sekali gus membolehkan rakyat membuat penilaian berdasarkan fakta mengenai perjalanan projek berkenaan.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menerima cadangan baginda untuk membina Laluan LRT3 menghubungkan Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Menerusi titah perutusan sempena pembukaan Laluan LRT3 hari ini, baginda bertitah, cadangan pembinaan sistem rel itu disampaikan kepada Najib ketika majlis berbuka puasa pada 2015 selepas menerima banyak surat daripada rakyat terutama suri rumah yang mengadu suami mereka sering pulang lewat akibat kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan.

Sultan Selangor juga menjelaskan bahawa projek LRT3 mengalami kelewatan selepas berlaku pertukaran kerajaan pada 2018 apabila pelaksanaannya tergendala lebih 18 bulan, sebelum berdepan tambahan kelewatan selama 19 bulan akibat pandemik COVID-19 sehingga 2021.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN Johor: BN Pilih Pendekatan Berhemah, Elak “Bergaduh” – Zambry


Baginda turut bertitah bahawa ketika Kementerian Kewangan diterajui Lim Guan Eng dengan Tony Pua sebagai penasihat, kos projek telah dikurangkan atas alasan ia merupakan projek “mega”, sedangkan menurut baginda, mereka tidak memahami tujuan sebenar pembinaan LRT3.

“Beta ingin tegaskan bahawa ini bukan projek mega dan bukan projek untuk bermegah-megah, tetapi ia merupakan projek untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat Beta,” titah baginda.

Sultan Selangor turut mendedahkan bahawa pada ketika itu saiz setiap stesen telah dikecilkan, jumlah gerabak kereta api dikurangkan dan lima lokasi cadangan stesen dalam jajaran LRT3 turut dibatalkan. – UMNO Online

Titah Sultan Selangor Dedah Hakikat Sebenar Projek LRT3 – Mohd Razlan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker