‘Manifesto PH Sekadar Angka Besar, BN Tawar Pelan Yang Boleh Dilaksana’ – Zaidi
‘Manifesto PH Sekadar Angka Besar, BN Tawar Pelan Yang Boleh Dilaksana’ – Zaidi

JOHOR BAHRU, 4 Julai – Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 disifatkan lebih banyak menjual angka besar tanpa penjelasan jelas mengenai kaedah pelaksanaan, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr. Mohd Zaidi Md Zain.
Beliau berkata, pelbagai tawaran seperti perlindungan kesihatan sehingga RM100,000 setahun, pembinaan 80,000 rumah mampu milik, dana RM500 juta untuk anak muda dan 250,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi mungkin kelihatan menarik di atas kertas, namun rakyat berhak mengetahui bagaimana semua janji tersebut akan direalisasikan.
Menurut beliau, setiap manifesto sepatutnya disertakan dengan sumber pembiayaan yang jelas, agensi pelaksana, garis masa pelaksanaan serta mekanisme bagi memastikan manfaat benar-benar sampai kepada rakyat.
“Rakyat Johor hari ini sudah semakin matang. Mereka bukan lagi mudah terpesona dengan angka yang besar semata-mata, sebaliknya mahu melihat sama ada sesuatu janji itu benar-benar boleh dilaksanakan,” katanya.
Zaidi berkata, berbeza dengan PH, manifesto Barisan Nasional (BN) menawarkan pelan tindakan yang lebih realistik kerana dibina berasaskan pengalaman mentadbir serta kesinambungan dasar yang telah dilaksanakan kerajaan negeri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Realistik, Mampu Pacu Johor Ke Arah Maju 2030 – Syed Hussien
- Bertembung Di Pasar Malam, Ramlee Tetap Fokus Pertahan Kempas
- Titah Sultan Selangor Dedah Hakikat Sebenar Projek LRT3 – Mohd Razlan
Perpaduan Kunci Kemajuan, Kekalkan Stabiliti Demi Masa Depan Negeri Johor
Katanya, manifesto BN memberi tumpuan kepada penyelesaian isu yang dekat dengan kehidupan rakyat, termasuk kelulusan lesen perniagaan tidak berisiko dalam tempoh 24 jam, pembaharuan lesen dalam tempoh satu jam, peluasan Johor Super Lane ke semua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT), penambahbaikan sistem aduan rakyat, penyediaan Rumah Mampu Milik Johor, bantuan kebajikan bersasar, pelan mengurangkan kesesakan Greater Johor Bahru, pengangkutan awam, keselamatan serta pembangunan belia.
“Manifesto BN bukan sekadar menghimpunkan janji, tetapi menawarkan pelan kerja yang tersusun dan berpijak di bumi nyata. Ini membezakan antara manifesto yang menjual angka dengan manifesto yang mampu dilaksanakan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa PRN Johor bukan medan untuk menawarkan janji yang kedengaran indah, sebaliknya medan memilih kerajaan yang mempunyai rekod, pengalaman dan kemampuan mentadbir negeri secara berkesan.
Menurut Zaidi, rakyat Johor tidak memerlukan eksperimen politik yang hanya ghairah mengumumkan pelbagai janji besar tanpa jaminan pelaksanaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengundi Johor Diseru Nilai Rekod Kerajaan, Bukan Persepsi
- BN Perlu Mandat Lebih Besar Demi Masa Depan Negeri Johor
- MARA Komited Perluas Akses Pendidikan, Buka Peluang Generasi Muda Johor
BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry
“Yang diperlukan rakyat ialah sebuah kerajaan yang stabil, memahami keperluan negeri dan mempunyai keupayaan menunaikan setiap komitmen kepada rakyat.
“Pada akhirnya, PRN Johor bukan pertandingan siapa mampu menghasilkan manifesto dengan angka paling besar, tetapi siapa yang benar-benar mampu memastikan setiap janji diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online
‘Manifesto PH Sekadar Angka Besar, BN Tawar Pelan Yang Boleh Dilaksana’ – Zaidi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Titik Permulaan Gelombang Biru BN Ke Seluruh Negara – Ahmad Zahid
- Kekalkan BN Demi Masa Depan Johor – Azalina
- ‘Jangan Dipatuk Ular Dua Kali’ … BN Johor Tak Bergantung Pada Parti Lain
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Akmal Persoal Sikap PH Terhadap SPR, Masih Berfikiran Seperti Pembangkang
You must be logged in to post a comment.