Jangan Sia-siakan Peluang, Kembalikan Bukit Kepong Kepada BN – Ismail
Jangan Sia-siakan Peluang, Kembalikan Bukit Kepong Kepada BN – Ismail

PAGOH, 4 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh, Datuk Ismail Mohamed menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong agar tidak melepaskan peluang untuk mengembalikan kerusi itu kepada BN demi memastikan suara rakyat dapat dibawa terus kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata, pengalaman lalu membuktikan mempunyai wakil rakyat berprofil tinggi tidak semestinya menjamin penyelesaian kepada pelbagai isu yang membelenggu penduduk jika kepentingan rakyat tidak dapat diterjemahkan kepada tindakan.
Menurutnya, DUN Bukit Kepong pernah diwakili seorang tokoh yang menjadi Menteri Besar Johor, namun pelbagai isu melibatkan kerajaan negeri termasuk berkaitan tanah dan projek pembangunan terbengkalai masih gagal diselesaikan.
“Di DUN Bukit Kepong dulu pernah ada wakil rakyat yang menjadi Menteri Besar, walaupun bukan daripada parti kita. Tetapi isu-isu kerajaan negeri, isu tanah termasuk beberapa projek pembangunan terbengkalai masih gagal diuruskan dengan baik.
“Jadi kali ini jangan lepaskan peluang. Kita kena pastikan Bukit Kepong diwakili oleh Barisan Nasional supaya wakil kita boleh membawa isu-isu rakyat terus kepada kerajaan negeri,” katanya ketika berucap di ceramah kempen Pilihan Raya Negeri Johor di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lenga, di sini malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Titik Permulaan Gelombang Biru BN Ke Seluruh Negara – Ahmad Zahid
- Kekalkan BN Demi Masa Depan Johor – Azalina
- ‘Jangan Dipatuk Ular Dua Kali’ … BN Johor Tak Bergantung Pada Parti Lain
Dr Akmal Persoal Sikap PH Terhadap SPR, Masih Berfikiran Seperti Pembangkang
Hadir sama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Mahdzir Khalid dan calon BN DUN Bukit Kepong Cikgu Syar’e.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, calon BN DUN Bukit Kepong Cikgu Syar’e, telah membuktikan komitmennya apabila berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) sejak tiga tahun lalu serta sentiasa memperjuangkan kebajikan penduduk.
Beliau yakin sekiranya diberikan mandat, Cikgu Syar’e mampu menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan negeri dalam menyelesaikan pelbagai isu yang masih tertangguh di kawasan berkenaan.
“Saya penuh yakin beliau boleh membantu menyelesaikan isu-isu yang terdapat di kawasan kita ini. Sebab itu kita kena pastikan beliau menang di Bukit Kepong,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ismail turut merayu pengundi di Felda Lenga supaya memainkan peranan mempengaruhi ahli keluarga, khususnya pengundi luar yang pulang mengundi, agar memberikan sokongan kepada BN.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengundi Johor Diseru Nilai Rekod Kerajaan, Bukan Persepsi
- BN Perlu Mandat Lebih Besar Demi Masa Depan Negeri Johor
- MARA Komited Perluas Akses Pendidikan, Buka Peluang Generasi Muda Johor
BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry
Katanya, jika sebelum ini ada dalam kalangan anak-anak yang mempengaruhi ibu bapa untuk tidak mengundi BN, keadaan itu perlu diubah pada pilihan raya kali ini.
“Saya mohon kepada orang Felda Lenga, pujuklah kawan-kawan dan anak-anak kita yang balik mengundi. Mereka perlu faham bahawa sudah tiba masanya memberi peluang kepada Barisan Nasional supaya isu-isu yang selama ini terbantut dapat diselesaikan,” katanya. – UMNO ONLINE
Jangan Sia-siakan Peluang, Kembalikan Bukit Kepong Kepada BN – Ismail
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Aku Budak Benut’, ‘Benut Rumah Kita’ Terus Semarakkan Kempen BN PRN Johor
- Tiada Parti Mampu Tadbir Johor Lebih Baik Selain BN – Abdul Halim
- ‘Manifesto PH Sekadar Angka Besar, BN Tawar Pelan Yang Boleh Dilaksana’ – Zaidi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.