Manifesto PH ‘Copy Paste’, Tukar Angka Untuk Kaburi Rakyat

Manifesto PH ‘Copy Paste’, Tukar Angka Untuk Kaburi Rakyat

Manifesto PH ‘Copy Paste’, Tukar Angka Untuk Kaburi Rakyat

JOHOR BAHRU, 4 Julai – Manifesto yang dilancarkan Pakatan Harapan (PH) disifatkan sekadar indah pada luaran, namun gagal menjelaskan mekanisme pelaksanaan, kata Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar.

Menurut beliau, manifesto tersebut dipenuhi pelbagai janji yang dilihat menarik, namun tidak disertakan dengan penjelasan bagaimana ia akan dibiayai, diurus dan dilaksanakan sekiranya PH diberi mandat mentadbir Johor.

“Gambaran manifesto PH ini ibarat kulit buku yang cantik, keras dan tebal tetapi isinya kosong. Janji yang ditawarkan kedengaran manis, tetapi rakyat tidak diberi penjelasan tentang sumber kewangan, kaedah pelaksanaan dan pengurusan bagi merealisasikan semua tawaran tersebut,” katanya.

Beliau turut mendakwa beberapa tawaran yang diumumkan PH seolah-olah mengambil idea daripada manifesto Barisan
Nasional (BN), namun hanya menaikkan angka bagi memberi gambaran tawaran yang lebih besar.

“Dalam banyak perkara, ia kelihatan seperti ‘copy and paste’ manifesto BN. Bezanya hanya angka diubah supaya nampak lebih tinggi dan lebih besar, sedangkan rakyat mahukan pelaksanaan yang realistik, bukannya perlumbaan siapa mampu menjanjikan angka paling besar,” ujarnya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Akmal Persoal Sikap PH Terhadap SPR, Masih Berfikiran Seperti Pembangkang


Mengulas kenyataan pemimpin PH sebelum ini yang mendakwa manifesto mereka bakal memberi kejutan kepada rakyat, Gulam berkata beliau menjangkakan akan terdapat tawaran baharu yang benar-benar luar biasa.

“Saya ingatkan akan ada sesuatu yang benar-benar mengejutkan seperti tawaran percuma sebagaimana sering dijanjikan sebelum ini. Namun akhirnya perkara yang paling mengejutkan ialah tiada lagi istilah ‘percuma’ dalam manifesto mereka kali ini,” katanya.

Beliau pada masa sama mengingatkan pengundi Johor supaya menilai rekod pelaksanaan, bukan sekadar janji yang ditaburkan ketika musim pilihan raya.

“PH sering menggunakan perkataan ‘akan’, ‘akan turun’, ‘akan mansuh’, ‘akan hapus’ dan ‘akan ubah’ ketika berkempen. Sebaliknya, kerajaan BN di bawah kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, membuktikan komitmennya melalui pelaksanaan dasar dan inisiatif yang sedang serta telah dilaksanakan untuk manfaat rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry


“Rakyat Johor memerlukan manifesto yang boleh dilaksanakan, bukannya sekadar janji di atas kertas. Sebab itu saya yakin pengundi akan memilih tawaran yang asli, terbukti dan mempunyai rekod pelaksanaan,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat Johor agar terus memberikan mandat kepada BN bagi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan negeri dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat. – UMNO Online

Manifesto PH ‘Copy Paste’, Tukar Angka Untuk Kaburi Rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gerak Kerja Berpasukan, BN Sasar Rampas DUN Bukit Kepong

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker