Gerak Kerja Berpasukan, BN Sasar Rampas DUN Bukit Kepong

Gerak Kerja Berpasukan, BN Sasar Rampas DUN Bukit Kepong

Gerak Kerja Berpasukan, BN Sasar Rampas DUN Bukit Kepong

BUKIT KEPONG, 4 Julai – Kerja berpasukan dan gerak kerja tersusun jentera di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) menjadi kunci utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Calon BN DUN Bukit Kepong Cikgu Syar’e, berkata seluruh jentera parti perlu terus bersemangat dan tidak mengenal lelah dalam mendekati serta meyakinkan pengundi, khususnya di PDM Lenga, agar memberikan mandat kepada BN.

Menurut beliau, setiap anggota jentera mempunyai peranan besar kerana sokongan rakyat dapat diperkukuhkan melalui hubungan rapat dengan ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat setempat.

“Saya harapkan jentera Barisan Nasional terus bersemangat dan berusaha meyakinkan pengundi, khususnya di PDM Lenga. Dengan kerja keras dan kerjasama semua, kita berdoa agar Allah SWT membuka pintu hati pengundi untuk bersama-sama menyokong BN,” katanya ketika berucap dalam program ceramah di PDM Lenga, di sini malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Kunci Kemajuan, Kekalkan Stabiliti Demi Masa Depan Negeri Johor


Hadir sama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Parlimen Pagoh Datuk Ismail Mohamed.

Gerak Kerja Berpasukan, BN Sasar Rampas DUN Bukit Kepong

Seterusnya Cikgu Syar’e menegaskan sudah tiba masanya DUN Bukit Kepong kembali ke pangkuan BN selepas berada di bawah pembangkang selama dua penggal.

“Takkan kita nak tunggu lagi. Dah dua penggal kerusi DUN Bukit Kepong bersama pembangkang. Inilah masa terbaik untuk kita merampas semula Bukit Kepong,” katanya.

Dalam pada itu, Cikgu Syar’e mengingatkan bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa kesepaduan seluruh jentera parti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampil Dengan Fakta, Bukan Fitnah Yakinkan Rakyat Johor – Dr Zambry


Katanya, UMNO Bahagian Pagoh tidak mampu bergerak bersendirian, sebaliknya memerlukan komitmen semua petugas untuk memastikan mesej perjuangan BN sampai kepada setiap pengundi.

“Yakinkan Jalinan Rakyat, yakinkan jagaan masing-masing, yakinkan ahli keluarga, anak-anak, jiran tetangga dan rakan-rakan. Hubungan silaturahim inilah yang mampu menyentuh hati pengundi serta memberi keyakinan kepada mereka untuk bersama-sama menyokong BN,” ujarnya.

Beliau turut menyeru pengundi memberikan sokongan kepada BN membolehkan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di kawasan tersebut.

“Insya-Allah, kita berdoa agar pada hari pengundian nanti rakyat memberi peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk merampas kembali DUN Bukit Kepong,” kata bekas pendidik dengan jawatan terakhir sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gombang, Pagoh itu lagi.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Sains Malaysia itu memulakan kerjayanya sebagai guru pada 1999 di Sekolah Kebangsaan Taman Muda Ampang dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. – UMNO ONLINE

Gerak Kerja Berpasukan, BN Sasar Rampas DUN Bukit Kepong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Akmal Persoal Sikap PH Terhadap SPR, Masih Berfikiran Seperti Pembangkang

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker