‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat

‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat

‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat

 

LABIS, 5 Julai – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula pada 26 Jun lalu kini memasuki minggu kedua sebelum hari pengundian pada 11 Julai dan undi awal pada Selasa ini.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan 56 orang calon di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri dengan menampilkan penyandang, muka baharu dan mereka yang kembali menawarkan diri seperti Mohd Azahar Ibrahim di DUN Tenang.

 

Mohd Azahar atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ai walaupun sebelum ini pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang pada 2011 hingga 2018 lalu dan dikenali rakyat, PRN kali ini beliau tetap turun berkempen dan menyantuni masyarakat.

Jelasnya, gerak kerja bertemu dan mendekati rakyat sudah menjadi kelazimannya ketika menjadi ADUN dahulu dan oleh sebab itu masih ramai pengundi yang mengenalinya ketika kempen rumah ke rumah pada PRN kali ini.

“Rumah ke rumah, pintu ke pintu. Setiap langkah membawa satu harapan iaitu mendengar sendiri suara rakyat dan memahami keperluan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Kerja Berpasukan, BN Sasar Rampas DUN Bukit Kepong


“Bagi saya, politik bukan sekadar berkempen ketika musim pilihan raya, tetapi tentang membina hubungan yang ikhlas dengan setiap lapisan masyarakat. Setiap pertemuan, setiap jabat tangan dan setiap senyuman menjadi amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.

“Terima kasih kepada seluruh warga Tenang atas sambutan yang cukup mesra. Sokongan dan doa anda menjadi kekuatan untuk saya terus berkhidmat,” katanya.

‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat

Begitu juga dapat dilihat dengan gerak kerja yang beliau lakukan, bukan sahaja melibatkan jentera UMNO malah daripada parti Komponen BN iaitu MCA dan MIC dan pesanannya kepada jentera agar jangan selesa dan terus bekerja kuat demi kemenangan parti.

“Seluruh jentera jangan sesekali rasa selesa walaupun di dalam kubu kuat masing-masing. Kita kena pastikan kemenangan mesti berpihak kepada kita.

“Kita perlukan sokongan semua kaum untuk menang, sama ada dari orang Melayu, masyarakat Tionghua, India dan juga Orang Asli. Apabila kita sebagai jentera bergerak dalam satu pasukan, insya-Allah kemenangan berpihak kepada kita,” ujar Mohd Azahar, yang pernah menjadi Penolong Pentadbir di Pejabat Tanah Segamat dan Kluang.

Selain berkempen di kawasan majoriti orang Melayu seperti di Felda Chemplak dan Chemplak Barat, Tok Ai juga bertemu badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Tionghua di pekan Labis yang turut dihadiri bekas Presiden MCA Tan Sri Chua Soi Lek.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Akmal Persoal Sikap PH Terhadap SPR, Masih Berfikiran Seperti Pembangkang


“Terima kasih atas kesudian berkongsi pandangan, cadangan dan harapan demi masa depan DUN Tenang. Perbezaan latar belakang bukan penghalang untuk kita duduk semeja, berbincang dan membina masa depan yang lebih baik.

“Insya-Allah, saya akan terus mendengar, mendekati dan berkhidmat untuk seluruh masyarakat tanpa mengira kaum atau latar belakang,” katanya lagi.

Selain bertemu secara bersemuka, Tok Ai turut aktif memaparkan aktiviti-aktivitinya di dalam platform media sosialnya seperti Facebook dan TikTok. – UMNO ONLINE

‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Manifesto PH ‘Copy Paste’, Tukar Angka Untuk Kaburi Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker