Peluang Pekerjaan, Perumahan Fokus Tok Jun Untuk Anak Muda
Peluang Pekerjaan, Perumahan Fokus Tok Jun Untuk Anak Muda

PARIT SULONG, 5 Julai – Penyandang merangkap calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan beriltizam memperluaskan peluang pekerjaan dan penyediaan perumahan sebagai usaha mengekalkan golongan muda terus menetap serta membina masa depan di kawasan itu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Jun berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan menerusi kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan agensi berkaitan bagi merancakkan pembangunan serta menarik pelaburan ke kawasan sekitar.
“Dalam soal peluang pekerjaan kepada anak-anak muda, apa yang kita lakukan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor iaitu dengan Exco-Exco yang berkaitan, peluang-peluang pekerjaan yang ada dalam kawasan kita. Perlu perbanyakkan kawasan-kawasan industri yang mana peluang pekerjaan pada anak-anak kita.
“Jadi, kalau kata peluang itu berada di kawasan DUN Sri Medan atau kawasan DUN yang berhampiran, kita dapat mengelakkan anak-anak muda daripada migrasi, pergi keluar daripada kawasan kita,” katanya dalam satu program Jom Lepak Bersama Tok Jun di Dataran Bersejarah Parit Sulong di sini, malam tadi.
Selain itu, Tok Jun berkata aspek perumahan turut menjadi agenda penting bagi memastikan golongan muda mempunyai peluang memiliki kediaman sendiri dan terus menetap di Sri Medan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sia-siakan Peluang, Kembalikan Bukit Kepong Kepada BN – Ismail
- PH Tabur Janji Berbilion Tanpa Pelan, Manifesto Sekadar Umpan – Pemuda BN Johor
- Manifesto PH Johor Ciplak, Jangan Percaya Apa Mereka Janjikan – Dr Shamsul Anuar
Beliau berkata pelbagai inisiatif kerajaan negeri seperti Rumah Kasih Johor dan Rumah Prihatin Johor boleh dimanfaatkan oleh rakyat, khususnya keluarga yang mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah.
“Apabila peluang pekerjaan dan perumahan dapat disediakan, insya-Allah lebih ramai anak muda akan memilih untuk terus tinggal di Sri Medan dan bersama-sama membangunkan kawasan ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan usaha menangani gejala sosial, termasuk penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia, akan terus diperkasakan melalui kerjasama erat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan.
Menurutnya, pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan dan persekitaran sosial yang lebih baik perlu bergerak seiring bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta memastikan Sri Medan terus berkembang sebagai kawasan yang maju dan sejahtera. – UMNO ONLINE
Peluang Pekerjaan, Perumahan Fokus Tok Jun Untuk Anak Muda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Bukan Sekadar Janji, Dirangka Berteraskan Keupayaan – Hasni
- Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah
- Manifesto Berteraskan Rekod, Bukan Retorik Untuk Rakyat – Johari
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat
You must be logged in to post a comment.