Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah

Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah

Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah
Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah

PARIT SULONG, 5 Julai – Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyeru seluruh pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan dan Semerah agar terus memberikan mandat kepada BN bagi memastikan kesinambungan khidmat kepada rakyat dapat diteruskan.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, berdasarkan sambutan dan penerimaan yang diterima sepanjang tempoh kempen, sokongan rakyat di kedua-dua DUN tersebut amat memberangsangkan, namun ia perlu diterjemahkan kepada undi pada hari pengundian.

“Alhamdulillah saya melihat sokongan kepada Barisan Nasional di kedua-dua DUN Semerah dan Sri Medan sangat positif. Apa yang penting sekarang ialah seluruh jentera terus memperhebat gerak kerja, turun padang dan bertemu setiap pengundi supaya sokongan tidak putus.

“Insya-Allah, berkat kerjasama semua pihak termasuk jentera parti, kita boleh mempertahankan kedua-dua DUN dan seterusnya melonjakkan lagi majoriti undi kerana mereka sentiasa bersama dengan rakyat,” katanya yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Menurut beliau, kekuatan BN bukan sahaja terletak pada gerak kerja jentera yang tersusun, malah turut didorong oleh calon-calon tempatan yang sentiasa bersama rakyat dan tidak hanya muncul ketika musim pilihan raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Kerja Berpasukan, BN Sasar Rampas DUN Bukit Kepong


Beliau berkata, komitmen berterusan calon dalam menyelesaikan pelbagai isu masyarakat menjadi asas keyakinan rakyat untuk terus memberikan mandat kepada BN.

Dalam masa yang sama, Noraini menzahirkan penghargaan kepada seluruh Jalinan Rakyat (JR) dan Petugas Rumah 10 (PR10) yang disifatkan sebagai tulang belakang kempen BN di Johor.

Katanya, mereka telah membuat persediaan sejak lebih tiga tahun lalu dengan mengikuti pelbagai latihan, kursus serta melaksanakan gerak kerja akar umbi secara berterusan bagi memastikan jentera sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya.

“Komitmen mereka bukan hanya ketika tempoh berkempen, tetapi telah bermula sejak awal lagi. Inilah kekuatan Barisan Nasional yang sentiasa bekerja dan mendampingi rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh pengundi agar keluar mengundi pada hari pengundian nanti dan menggunakan hak demokrasi untuk memastikan kemenangan BN.

Beliau turut menyeru pengundi DUN Sri Medan memberikan sokongan kepada calon BN, Datuk Zulkurnain Kamisan, manakala pengundi DUN Semerah mengundi Mohd Fared Mohd Khalid, demi memastikan kedua-dua kerusi terus kekal di bawah BN dengan majoriti yang lebih kukuh. – UMNO ONLINE

Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Manifesto PH ‘Copy Paste’, Tukar Angka Untuk Kaburi Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker