Jangan Tabur Janji Manis, Rakyat Bijak Menilai – Mohd Razlan

Jangan Tabur Janji Manis, Rakyat Bijak Menilai – Mohd Razlan

Jangan Tabur Janji Manis, Rakyat Bijak Menilai – Mohd Razlan

JOHOR BAHRU, 5 Julai – Barisan Nasional (BN) tidak akan sesekali melakukan budaya politik menabur janji yang tidak mampu ditunaikan semata-mata untuk meraih undi rakyat, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii.

Beliau berkata, Presiden UMNO sentiasa mengingatkan seluruh kepimpinan parti supaya setiap manifesto yang ditawarkan kepada rakyat mestilah berasaskan kemampuan kerajaan untuk melaksanakannya, bukannya sekadar janji manis ketika musim pilihan raya.

“Kami dinasihatkan oleh Yang Amat Berhormat Presiden UMNO supaya jangan buat janji yang kita tidak boleh tunaikan kerana akhirnya ia akan dibangkitkan kemudian hari.

“Alhamdulillah, apa yang telah dibangkitkan dalam Manifesto Johor Maju ini, Insya-Allah kita akan laksanakan 100 peratus,” katanya kepada UMNO Online.

Menurut beliau, rekod pentadbiran BN membuktikan manifesto bukan sekadar dokumen politik, sebaliknya komitmen yang diterjemahkan kepada tindakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Manifesto PH ‘Copy Paste’, Tukar Angka Untuk Kaburi Rakyat


“Dulu ketika Barisan Nasional menjadi kerajaan Persekutuan, kita berjaya melaksanakan 96 peratus manifesto. Baki empat peratus bukan kerana kita mungkir janji, tetapi disebabkan faktor masa dan pelaksanaan.

“Itulah bezanya BN dengan parti-parti lain. Manifesto kita dibuat untuk ditunaikan, bukan untuk memancing undi,” katanya.

Mohd Razlan yang juha Ketua UMNO Bahagian Seputeh turut menyifatkan parti-parti lawan terus menjadikan pilihan raya sebagai pentas menjual harapan tanpa asas yang kukuh.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) sendiri sedar mereka tidak mempunyai kekuatan untuk membentuk kerajaan, manakala Pakatan Harapan (PH) pula terus mengulangi pendekatan lama dengan menawarkan pelbagai janji yang disifatkannya sekadar “janji manis” kepada rakyat.

Beliau berkata, pengalaman lalu membuktikan banyak janji besar yang pernah ditawarkan kepada rakyat akhirnya gagal ditunaikan apabila berada dalam kerajaan kerana tidak mengambil kira kemampuan sebenar ekonomi negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Kerja Berpasukan, BN Sasar Rampas DUN Bukit Kepong


“Bila berada di luar kerajaan, semuanya boleh dijanjikan. Kereta murah, pendidikan percuma, hapus tol dan macam-macam lagi. Tetapi apabila berada dalam kerajaan, mereka sendiri sedar semua itu tidak mudah dilaksanakan kerana ia bergantung kepada kedudukan kewangan negara.

“Sebab itu BN tidak mahu memperdayakan rakyat dengan janji yang kita sendiri tahu tidak mampu dilaksanakan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut membidas bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwanya kini mengkritik kerajaan yang pernah dibentuk bersama selepas sebelum ini menjadi individu yang bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat untuk memberi mandat kepada Pakatan Harapan.

Jangan Tabur Janji Manis, Rakyat Bijak Menilai – Mohd Razlan

“Apabila keputusan yang dibuat ternyata tidak memenuhi harapan rakyat, tidak boleh sekadar mengatakan tersilap atau meminta maaf. Seorang pemimpin perlu bertanggungjawab terhadap apa yang telah dijanjikan dan diyakinkan kepada rakyat.

“Kalau dahulu mereka menggunakan pelbagai formula untuk meyakinkan rakyat, hari ini rakyat sendiri boleh melihat sejauh mana janji-janji itu berjaya ditunaikan,” katanya.
Mengulas mengenai kempen PH di Johor, Mohd Razlan turut menyindir tindakan parti itu yang menampilkan Mazlee Malik sebagai antara ikon kempen mereka.

Menurutnya, rekod pentadbiran Mazlee ketika menjadi Menteri Pendidikan telah pun dinilai oleh rakyat, justeru beliau percaya pengundi Johor cukup matang untuk membuat penilaian terhadap kredibiliti calon dan parti yang bertanding.

“Rakyat hari ini bukan lagi mudah terpengaruh dengan retorik atau lakonan politik. Mereka melihat kepada rekod, prestasi dan kemampuan sesebuah parti mentadbir serta menunaikan janji.

“Sebab itu saya yakin rakyat Johor akan memilih parti yang mempunyai rekod, pengalaman dan terbukti melaksanakan apa yang dijanjikan, bukannya parti yang hanya muncul setiap kali pilihan raya dengan pelbagai janji yang akhirnya tinggal janji,” katanya lagi. – UMNO Online

Jangan Tabur Janji Manis, Rakyat Bijak Menilai – Mohd Razlan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker