SUV terbabas langgar surau sekolah, 2 wanita maut
SUV terbabas langgar surau sekolah, 2 wanita maut

PASIR PUTEH: Dua wanita Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar surau Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.34 pagi itu, dua wanita berusia lingkungan 30-an dan 50-an berkenaan maut di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa tersepit dalam kemalangan berkenaan.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita dapati kemalangan membabitkan Honda CRV dinaiki enam individu warga Indonesia termasuk seorang lelaki.
“Akibat kejadian itu, dua wanita maut dan empat cedera. Kesemua mangsa adalah bersaudara,” katanya ketika dihubungi.
SUV terbabas langgar surau sekolah, 2 wanita maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Bukan Sekadar Janji, Dirangka Berteraskan Keupayaan – Hasni
- Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah
- Manifesto Berteraskan Rekod, Bukan Retorik Untuk Rakyat – Johari
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat
You must be logged in to post a comment.