Jangan Terpedaya Janji Manis, Beri Mandat Kepada BN Demi Kestabilan Johor – Rais

Jangan Terpedaya Janji Manis, Beri Mandat Kepada BN Demi Kestabilan Johor – Rais

Jangan Terpedaya Janji Manis, Beri Mandat Kepada BN Demi Kestabilan Johor – Rais

MUJAR, 6 Julai – Pengundi di Johor diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis, fitnah dan tohmahan yang dimainkan pihak lawan, sebaliknya menilai rekod serta khidmat bakti yang telah dibuktikan oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Rais Yasin berkata, dalam setiap pilihan raya pasti akan ada pelbagai janji dan persepsi yang cuba dimainkan, namun rakyat perlu membuat penilaian berdasarkan prestasi sebenar sesebuah kerajaan.

“Saya yakin kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menaburkan janji ataupun fitnah ataupun tohmahan. Tetapi marilah kita sama-sama bermuhasabah dan melihat siapa yang benar-benar selama ini menjaga orang Johor.

“Saya ingin merayu kepada pengundi negeri Johor supaya jangan termakan dengan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh mereka yang berjanji itu. Sebaliknya, berilah peluang kepada mereka yang telah membuktikan khidmat bakti yang terbaik untuk orang Johor,” katanya.

Seterusnya, Rais turut mengingatkan bahawa rakyat Johor pernah memberikan mandat besar kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) RN lalu apabila gabungan itu memenangi 40 kerusi, sekali gus membolehkan kerajaan negeri dibentuk dengan stabil.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat


Namun menurut beliau, situasi berbeza berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) selepas itu apabila ramai pengundi terpengaruh dengan pelbagai janji yang akhirnya tidak dapat ditunaikan seperti diharapkan.

“Kita semua sedia maklum Johor telah menang besar dengan 40 kerusi pada PRN yang lalu. Selepas itu, pada Pilihan Raya Umum, bukan sahaja di Johor malah di Melaka juga, ramai yang termakan dengan janji-janji manis yang akhirnya membawa kepada perkara yang kita tidak duga.

“Jadi sekarang inilah masanya untuk rakyat Johor memberikan mandat yang besar kepada Barisan Nasional supaya kita dapat meneruskan kestabilan dan seterusnya memajukan lagi negeri Johor,” katanya. – UMNO ONLINE

Jangan Terpedaya Janji Manis, Beri Mandat Kepada BN Demi Kestabilan Johor – Rais


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker