Jangan Gugat Kestabilan Negara Demi Politik Sempit – Tok Mat

Jangan Gugat Kestabilan Negara Demi Politik Sempit – Tok Mat

Jangan Gugat Kestabilan Negara Demi Politik Sempit – Tok Mat

TEBRAU, 6 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai medan politik melampau sehingga menggugat kestabilan negara yang sedang berada pada landasan terbaik.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat menegaskan, persaingan politik adalah perkara biasa, namun ia mesti mempunyai batas dan tidak boleh bertukar menjadi serangan peribadi sehingga menjejaskan keharmonian serta keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

“Usik-mengusik dalam politik itu biasa. Hentaman daripada pihak lawan pun perkara biasa. Dasar kita baik, parti kita baik dan tiada masalah. Tetapi kita perlu berpada-pada.

“Jangan sampai kerana politik kita merosakkan negara. Serangan peribadi tidak elok. Orang tua-tua kata, muka berpandangan, budi kedapatan,” katanya.

Menurut beliau, kestabilan politik yang dinikmati hari ini menjadi faktor utama negara terus mendapat kepercayaan pelabur asing dan pelancong antarabangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat


“Yang penting, jangan kita menggugat kestabilan negara. Kestabilan inilah yang menjadi asas kepada kebanjiran pelabur asing datang ke Malaysia.

“Tahun lalu Malaysia muncul antara negara yang menerima jumlah pelancong paling tinggi di rantau ini kerana dunia melihat negara kita stabil dan aman. Jangan kerana isu-isu kecil akhirnya kita sendiri yang rugi,” tegasnya.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa seluruh jentera Barisan Nasional (BN) supaya terus bekerja keras sehingga hari pengundian bagi memastikan kemenangan parti.

“Perlu bekerja kuat sehingga wisel terakhir dibunyikan pada 11 haribulan nanti. Keluarkan seramai mungkin pengundi supaya kita dapat memaksimumkan sokongan kepada BN,” katanya.

Mengulas dakwaan pihak tertentu yang cuba mengaitkan PRN Johor dengan isu pembebasan Datuk Seri Najib Razak, beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan hanya bertujuan mengelirukan rakyat.

Jangan Gugat Kestabilan Negara Demi Politik Sempit – Tok Mat

“Saya sudah cakap banyak kali, tidak ada kena-mengena antara PRN Johor dengan pembebasan Datuk Seri Najib. UMNO menghormati undang-undang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Manifesto PH ‘Copy Paste’, Tukar Angka Untuk Kaburi Rakyat


“Pilihan raya negeri adalah untuk memilih kerajaan negeri, bukannya kerajaan Persekutuan. Apa kuasa Menteri Besar untuk membebaskan Datuk Seri Najib?

“Kuasa pengampunan adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong. Jangan kita mengambil atau memperkecilkan kuasa tersebut. Rakyat perlu faham perkara ini,” katanya lagi.

Beliau yang juga menteri luar berkata demikian selepas program bersama pengundi yang turut disertai oleh calon BN DUN Tiram, Datuk Abdul Halim Suleiman sempena kempen PRN Johor. – UMNO Online

Jangan Gugat Kestabilan Negara Demi Politik Sempit – Tok Mat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker