UMNO Sabah Bawa Semangat Perpaduan BN Di PRN Johor
UMNO Sabah Bawa Semangat Perpaduan BN Di PRN Johor

JOHOR BAHRU, 8 Julai – Komitmen jentera UMNO Sabah dalam membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan semangat perpaduan dan kebersamaan Barisan Nasional (BN) terus menjadi tunjang kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Yakub Khan berkata, memasuki hari ke-12 kempen, beliau bersama jentera Wanita UMNO Negeri Sabah turun padang menyantuni penduduk menerusi program ziarah rumah ke rumah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Masai Selatan yang meliputi Kampung Pertanian dan Kampung Taman Bunga Raya.
Menurut beliau, kehadiran jentera UMNO Sabah di Johor bukan sekadar memenuhi tanggungjawab parti, sebaliknya mencerminkan kesatuan dan semangat perjuangan BN yang sentiasa bergerak sebagai satu pasukan apabila diperlukan.
“Kehadiran jentera UMNO Sabah di Johor bukan sekadar memenuhi tanggungjawab parti, tetapi melambangkan semangat solidariti dan kekuatan Barisan Nasional yang merentasi negeri. Apabila parti memerlukan, seluruh jentera akan bergerak sebagai satu pasukan demi memastikan kemenangan Barisan Nasional,” katanya.
Beliau berkata, program ziarah tersebut memberi ruang kepada jentera untuk mendengar sendiri denyut nadi rakyat, selain memahami harapan dan cabaran yang dihadapi penduduk setempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Bidas PH… Politik Idea Dan Fakta, Bukan Fitnah Dan Auta
- Mohamad Hasan Rayu Pengundi Awal Kekalkan Sokongan Kepada BN Demi Kestabilan Johor
- Akta GSA Perlu Diubah, Isu Perumahan FELDA Perlu Diselesaikan – Ahmad Maslan
Onn Hafiz Bidas Naratif Dan Hasutan PH, PRN Johor Tiada Kaitan Bebaskan Najib
Katanya, antara yang menyentuh hati ialah pertemuan dengan Puan Asmawati Jamal, anak kelahiran Sabah yang kini menetap di Johor dan menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE), namun tetap tabah membesarkan empat orang anak.
“Kisah beliau menjadi peringatan bahawa perjuangan UMNO dan Barisan Nasional bukan sekadar soal politik, tetapi berteraskan khidmat kepada rakyat dengan mengutamakan kebajikan, keprihatinan dan kesejahteraan masyarakat,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Yakub merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera Wanita UMNO Sabah yang sanggup meninggalkan keluarga serta komitmen di negeri sendiri demi membantu gerak kerja parti sepanjang PRN Johor.

Beliau menyifatkan pengorbanan itu sebagai bukti semangat kekeluargaan dalam UMNO terus kukuh dan menjadi antara kekuatan utama BN untuk mendekati rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sambutan Hari Peneroka Bukti Penghargaan Kepada Jasa Warga FELDA
- Tolak Politik Habuan – Razlan
- PRN Johor: Pihak Lawan Kemaruk Isu – Mohamad Alamin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Johor Sudah Buktikan Prestasi, Mohd Jafni Seru Kukuhkan Mandat Rakyat
“Insya-Allah, semangat kebersamaan, disiplin dan kerja keras inilah yang akan terus memperkukuhkan perjuangan Barisan Nasional dalam membawa kestabilan politik, pembangunan serta masa depan yang lebih baik untuk rakyat,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa gerak kerja berterusan dan kesatuan seluruh jentera parti akan menjadi pemangkin penting dalam memastikan BN terus mendapat kepercayaan rakyat pada PRN Johor. – UMNO Online
UMNO Sabah Bawa Semangat Perpaduan BN Di PRN Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sambutan Hari Peneroka Bukti Penghargaan Kepada Jasa Warga FELDA
- Tolak Politik Habuan – Razlan
- PRN Johor: Pihak Lawan Kemaruk Isu – Mohamad Alamin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Johor Sudah Buktikan Prestasi, Mohd Jafni Seru Kukuhkan Mandat Rakyat
You must be logged in to post a comment.