Zaidi Japar Hargai Sokongan Jentera, Mohon Mandat Pengundi Rengit

Zaidi Japar Hargai Sokongan Jentera, Mohon Mandat Pengundi Rengit

Zaidi Japar Hargai Sokongan Jentera, Mohon Mandat Pengundi Rengit

BATU PAHAT, 8 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Zaidi Japar menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera parti termasuklah dari Selangor yang turun padang membantu menggerakkan kempen di kawasan berkenaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Beliau berkata, kehadiran jentera luar memberi suntikan semangat kepada pasukan kempen tempatan untuk terus bekerja bersungguh-sungguh sehingga tamat tempoh berkempen.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh kepimpinan dan jentera yang hadir membantu. Sokongan serta komitmen yang diberikan amat bermakna dan menjadi pembakar semangat kepada kami untuk meneruskan perjuangan,” katanya.

Zaidi turut merayu seluruh pengundi DUN Rengit agar terus memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional bagi memastikan kesinambungan khidmat kepada rakyat dapat diteruskan.

“Insya-Allah, jika diberikan mandat, saya akan melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya serta terus bersama rakyat dalam menyelesaikan pelbagai isu dan permasalahan yang dihadapi,” ujarnya.-UMNO Online

Zaidi Japar Hargai Sokongan Jentera, Mohon Mandat Pengundi Rengit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Johor Sudah Buktikan Prestasi, Mohd Jafni Seru Kukuhkan Mandat Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker