Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai

Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai

Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai

KULAI, 8 Julai – Barisan Nasional (BN) yakin bukan sahaja mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, malah berpeluang merampas DUN Bukit Batu dan Senai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Ketua UMNO Bahagian Kulai merangkap calon BN DUN Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan positif yang diterima sepanjang tempoh berkempen serta semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh jentera parti dan rakyat.

“Saya yakin dan percaya bukan setakat kita dapat mempertahankan DUN Bukit Permai, malah kita juga mampu merampas DUN Bukit Batu dan Senai,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para pengundi supaya keluar mengundi beramai-ramai pada hari pengundian, 11 Julai ini, bagi memastikan kemenangan BN.

“Pesanan saya, hari Jumaat nanti semua perlu bersedia. Pada 11 Julai, keluarlah mengundi dan tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Johor Sudah Buktikan Prestasi, Mohd Jafni Seru Kukuhkan Mandat Rakyat


Dalam pada itu, Mohd Jafni menyifatkan kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah membawa negeri terbabit muncul antara sebagai yang terbaik di Malaysia, meskipun berdepan pelbagai kritikan termasuk dilabel sombong.

Menurut beliau, tumpuan kepimpinan Negeri Johor terhadap pembangunan dan hasil yang dicapai jauh lebih penting daripada melayan persepsi negatif.

Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai

“Kalau kita sayangkan Menteri Besar, jangan lupa undi Barisan Nasional. Sokong kepimpinan beliau supaya agenda membangunkan Johor dapat diteruskan,” katanya.

Mohd Jafni berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan bersama masyarakat Daerah Kulai yang dihadiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafzi Ghazi. Turut bersama ialah calon BN Bukit Batu, R. Kumaran dan calon BN DUN Senai, Kiki Tai serta masyarakat setempat pelbagai bangsa meliputi pelbagai peringkat. – UMNO Online

Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Sabah Bawa Semangat Perpaduan BN Di PRN Johor

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker