Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid
Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU, 10 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Johor supaya mengekalkan Johor sebagai negeri Barisan Nasional (BN) dengan memberikan mandat yang kukuh kepada parti itu pada hari pengundian.
Beliau berkata, seluruh jentera BN perlu menjadikan hari terakhir kempen sebagai pecutan terakhir bagi memastikan kemenangan calon-calon BN.
“Hari Sabtu ini azam kita ialah bekerja kuat untuk memberikan kemenangan kepada BN. Menangkan semua calon BN.
“Esok adalah pecutan terakhir. Gerakkan Jentera Raya (JR), Wanita, Pemuda, Puteri serta semua jentera komponen BN supaya kita dapat memastikan kemenangan BN di Johor,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap pada Program Bersama Generasi Kempas di Taman Cempaka, Johor Bahru, malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cikgu Syar’e Komited Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua
- PRN Johor: Peluang Rakyat Hantar Mesej Tegas Kepada PH
Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai
Beliau turut memuji kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang disifatkan berjaya membawa pencapaian memberangsangkan walaupun baru menerajui negeri selama empat tahun, tiga bulan dan 19 hari.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut, kerajaan negeri berjaya mewujudkan lebih 80,000 peluang pekerjaan untuk anak-anak Johor dan ini kemudiannya akan diarahkan kepada usaha mencapai sasaran 200,000 peluang pekerjaan baharu sebagaimana digariskan dalam manifesto.
“Datuk Onn Hafiz menjadi Menteri Besar Johor selama empat tahun, tiga bulan dan 19 hari, namun dalam tempoh yang singkat itu berjaya menghasilkan 80,000 peluang pekerjaan untuk anak-anak Johor.
“Manifesto kita mensasarkan 200,000 peluang pekerjaan baharu dan usaha itu sedang dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata, Johor memerlukan pemimpin yang mempunyai sahsiah, akhlak dan keperibadian yang baik, bukannya pemimpin yang menjadikan penghinaan serta cemuhan sebagai budaya politik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zaidi Japar Hargai Sokongan Jentera, Mohon Mandat Pengundi Rengit
- Fitnah Pembangkang Makan Diri, Rakyat Nilai Prestasi – Latif Bandi
- PRN Johor: AIRA Dilancar Perkasa Kempen Digital BN
“Kita mahu pemimpin yang baik, mempunyai sahsiah, akhlak dan personaliti yang baik.
“Kalau mereka memanggil Menteri Besar sebagai ‘budak’ dan mengatakan rakyat Johor tersalah memilih, apa manfaatnya kepada rakyat?” katanya.
Ahmad Zahid turut menolak dakwaan bahawa pembangunan Johor hanya mampu dicapai kerana bantuan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya menegaskan tidak menjadi kesalahan apabila kerajaan pusat membantu rakyat dan negeri.
“Tidak salah jika Kerajaan Persekutuan membantu rakyat dan negeri Johor. Johor adalah kerajaan BN yang telah ditubuhkan lebih awal sebelum Kerajaan Perpaduan diwujudkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Johor terus memberikan kepercayaan kepada Onn Hafiz dan BN demi memastikan kestabilan serta kesinambungan pembangunan negeri.
“Sayangilah orang Johor, sayangilah Onn Hafiz kerana beliau seorang pemimpin yang baik. Berikanlah kepercayaan kepada BN,” katanya lagi.
Turut hadir dalam program tersebut ialah ialah calon BN DUN Perling, Pannir Selvam; calon BN DUN Kempas, Datuk Ramli Bohani; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Khairy Jamaluddin serta kepimpinan komponen BN serta masyarakat setempat. – UMNO Online
Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saat Akhir Kempen Jentera Perlu Kekal Fokus – Megat Zulkarnain
- Berhenti Persenda Syiar Islam, Pemimpin PKR Dibidas
- Kisah 10 Anak Yatim Perteguh Komitmen Wanita UMNO Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.