Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor

Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor

Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor.

Menurut Ahmad Zahid, kepercayaan yang diberikan kepada Onn Hafiz merupakan satu amanah besar untuk terus memimpin Johor Darul Takzim ke arah kemajuan yang lebih cemerlang dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat, kestabilan politik serta pembangunan yang mampan.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa dengan kepimpinan, pengalaman dan iltizam yang dimiliki, Onn Hafiz mampu meneruskan kecemerlangan Johor serta melakar lebih banyak kejayaan demi manfaat seluruh Bangsa Johor.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada Onn Hafiz dalam memikul amanah sebagai Menteri Besar serta terus memimpin Johor Darul Takzim ke arah yang lebih gemilang.

Terdahulu, Onn Hafiz dilantik sebagai menteri besar bagi meneruskan kepimpinan negeri untuk penggal kedua selepas BN memenangi 48 daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor semalam, meningkat daripada 40 kerusi yang diraih gabungan itu pada pilihan raya negeri 2022. – UMNO Online

Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bangsa Johor Sokong BN Demi Kestabilan Dan Kemajuan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker