Bangsa Johor Sokong BN Demi Kestabilan Dan Kemajuan
Bangsa Johor Sokong BN Demi Kestabilan Dan Kemajuan

JOHOR BAHRU, 10 Julai – Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh Bangsa Johor supaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan memilih kerajaan yang mampu meneruskan agenda pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat.
Beliau berkata, tempoh berkempen yang hampir melabuhkan tirai menyaksikan BN telah menyampaikan segala tawaran serta perancangan kepada rakyat Johor, manakala keputusan kini berada di tangan pengundi untuk menentukan hala tuju negeri itu pada masa hadapan.
“Gunakanlah hak sebagai pengundi dengan sebaiknya. Pilihlah sebuah kerajaan yang mempunyai rekod dan iltizam untuk meneruskan agenda pembangunan, menjaga kebajikan rakyat serta membawa Johor terus melangkah maju ke hadapan,” katanya
Ahmad Zahid berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya sempena hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.
Beliau turut merayu agar rakyat Johor memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN bagi memastikan kestabilan negeri dapat dikekalkan serta kesinambungan kemajuan dapat diteruskan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saat Akhir Kempen Jentera Perlu Kekal Fokus – Megat Zulkarnain
- Berhenti Persenda Syiar Islam, Pemimpin PKR Dibidas
- Kisah 10 Anak Yatim Perteguh Komitmen Wanita UMNO Sabah
“Saya dengan rendah hati menyeru seluruh Bangsa Johor agar memberikan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional.
“Berikanlah kepercayaan kepada Barisan Nasional supaya kestabilan dapat dikekalkan dan kemajuan Johor dapat diteruskan demi kesejahteraan seluruh Bangsa Johor,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mendoakan agar proses pengundian berjalan lancar, selamat dan dipermudahkan dengan cuaca yang baik.
“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan sepanjang proses pengundian, mengurniakan cuaca yang baik serta memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.
“Insya-Allah. Selamat Mengundi. Pangkah Barisan Nasional! Kestabilan Dikekalkan. Kemajuan Diteruskan,” tegasnya lagi. – UMNO Online
Bangsa Johor Sokong BN Demi Kestabilan Dan Kemajuan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ambil Iktibar Peristiwa 2018, Terus Dekati Rakyat Demi Kemenangan
- Prestasi Terbukti, Rakyat Mahu BN Terus Tadbir Johor
- PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.