Balik Mengundi, Pilih BN Demi Masa Depan Johor
Balik Mengundi, Pilih BN Demi Masa Depan Johor

JOHOR BAHRU, 10 Julai – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menyeru pengundi Johor yang berada di luar negeri itu supaya pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, rakyat perlu membuat pilihan berdasarkan rekod prestasi dan pencapaian BN yang terbukti membawa kemajuan serta kesejahteraan kepada negeri Johor.
“Saya merayu pengundi-pengundi Johor yang berada di luar agar baliklah dan mengundilah Barisan Nasional yang telah terbukti dengan rekod dan pencapaiannya. Saya percaya rakyat Johor bijak membuat pilihan,” katanya.
Menurut beliau, kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah membawa hala tuju yang jelas untuk negeri itu dan yakin pentadbiran BN mampu terus memastikan Johor berada di landasan kemajuan.
Azhari berkata, kejayaan pembangunan Johor yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil usaha berterusan kerajaan BN yang memberi perhatian kepada kebajikan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum mahupun latar belakang politik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saat Akhir Kempen Jentera Perlu Kekal Fokus – Megat Zulkarnain
- Berhenti Persenda Syiar Islam, Pemimpin PKR Dibidas
- Kisah 10 Anak Yatim Perteguh Komitmen Wanita UMNO Sabah
“Perlu kekalkan BN kerana dari segi rekod dan pencapaiannya begitu cemerlang sehingga Johor menjadi antara negeri yang lebih maju berbanding negeri-negeri lain,” katanya.
Beliau turut mengingatkan pengundi supaya membuat keputusan yang tepat kerana kesilapan memilih pemimpin boleh memberi kesan kepada masa depan negeri.
“Jangan salah pangkah nanti menyesal. Undilah BN demi Johor yang lebih maju,” katanya lagi.
Sebanyak 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN pada PRN Johor ke-16 esok. – UMNO Online
Balik Mengundi, Pilih BN Demi Masa Depan Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ambil Iktibar Peristiwa 2018, Terus Dekati Rakyat Demi Kemenangan
- Prestasi Terbukti, Rakyat Mahu BN Terus Tadbir Johor
- PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.