Saraani Harap Mesyuarat SPA 2026 Terus Bawa Manfaat Masa Depan Perkhidmatan Awam
Saraani Harap Mesyuarat SPA 2026 Terus Bawa Manfaat Masa Depan Perkhidmatan Awam

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berharap agar Mesyuarat Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia Tahun 2026 terus membawa manfaat kepada perkhidmatan awam pada masa hadapan.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri telah berkesempatan meraikan delegasi SPA dari seluruh Malaysia yang berhimpun sempena mesyuarat tersebut.
“Meraikan delegasi Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dari seluruh Malaysia yang berhimpun di Perak sempena Mesyuarat Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia Tahun 2026.
“Selamat datang ke bumi bertuah Negeri Perak. Terima kasih kerana memilih Perak sebagai destinasi bermesyuarat,” katanya.
Ujarnya, tugas para penjawat awam tidak mudah dan merekalah yang bakal menentukan wajah perkhidmatan awam pada masa akan datang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
- Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor
“Beberapa hari lalu, saya bersama para Pegawai Tadbir Daerah (PTD) Perak membicarakan soal kepimpinan dan hala tuju pentadbiran negeri. Pagi semalam pula, saya meraikan para penjawat awam yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

“…dan malam tadi, saya bersama mereka yang menggalas amanah penting dalam memilih bakal penjawat awam negara pada masa hadapan. Tugas mereka tak mudah. Namun merekalah yang akan menentukan wajah perkhidmatan awam Malaysia untuk masa mendatang.
“Selamat maju jaya buat semuanya. Semoga mesyuarat ini dapat terus membawa manfaat buat masa depan perkhidmatan awam Malaysia. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online
Saraani Harap Mesyuarat SPA 2026 Terus Bawa Manfaat Masa Depan Perkhidmatan Awam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.