Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN
Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN

JEMPOL, 14 Julai – Bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif mengajak seluruh ahli dan penyokong yang pernah menjauhkan diri daripada UMNO supaya kembali memperkukuh saf perjuangan parti bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus mencatat kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Menurut beliau, ketika parti sedang berdepan medan pilihan raya, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan dan kembali bersatu demi kepentingan perjuangan serta masa depan rakyat.
“Marilah kita kembali bersama UMNO. Yang berada di atas pagar atau di luar parti, inilah masanya kita bersatu bagi memastikan BN terus menang dan kekal menerajui kerajaan Negeri Sembilan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Salim turut menzahirkan rasa syukur atas penarikan semula penggantungan keahliannya serta merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
- Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor
Beliau menegaskan akan terus menggerakkan usaha membantu jentera parti sepanjang kempen PRN bagi memastikan setiap calon BN memperoleh kemenangan, kelak.
Katanya, pengalaman UMNO dan BN mentadbir negara serta negeri membuktikan gabungan itu mempunyai rekod yang diyakini rakyat dalam membawa pembangunan, kestabilan dan kesejahteraan.

“Insya-Allah, saya akan terus bersama perjuangan parti dan membantu memenangkan calon-calon BN. Yang penting hari ini ialah kita bersatu hati demi memastikan kemenangan BN di Negeri Sembilan,” katanya lagi.
Negeri Sembilan menjadi antara negeri yang mengadakan pilihan raya berasingan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum tamat penggal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 1 Ogos 2026, manakala hari penamaan calon berlangsung pada 19 Julai 2026.
Sebanyak 36 kerusi DUN dipertandingkan, dengan 19 kerusi diperlukan untuk memperoleh majoriti mudah dan seterusnya membentuk kerajaan negeri. – UMNO Online
Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.