Tanpa Dap, Melaka Mampu Bergerak Dengan Hala Tuju Lebih Jelas – Haryaty
Tanpa Dap, Melaka Mampu Bergerak Dengan Hala Tuju Lebih Jelas – Haryaty
KUALA LUMPUR, 15 Julai – Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Haryaty Hamdzah menyokong pendirian Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang menegaskan bahawa kerjasama dengan Dap Melaka selama ini hanyalah berasaskan persefahaman di peringkat Persekutuan, bukannya sebuah kerajaan yang dibentuk atas dasar kerjasama politik yang sebenar.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Melaka berkata hakikatnya, beberapa tindakan yang berlaku sebelum ini telah menimbulkan persoalan terhadap semangat tersebut.
“Di antaranya pembukaan cawangan Dap di kawasan tradisi UMNO dan Barisan Nasional (BN), selain pendirian yang sering berbeza terhadap beberapa dasar serta usul penting kerajaan negeri. Ia juga termasuk bantahan terhadap cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan yang akhirnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Perbezaan pandangan adalah lumrah dalam demokrasi. Namun… apabila berada dalam sebuah pentadbiran yang sama, kepentingan rakyat dan kestabilan kerajaan negeri perlu sentiasa diutamakan mengatasi kepentingan politik sempit.
“Sekiranya Melaka bergerak ke hadapan tanpa Dap dalam pentadbiran negeri, yakin kerajaan akan mempunyai hala tuju yang lebih jelas, stabil dan fokus untuk melaksanakan agenda pembangunan serta kebajikan rakyat tanpa sebarang kekeliruan mengenai dasar dan pendirian kerajaan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saraani Harap Mesyuarat SPA 2026 Terus Bawa Manfaat Masa Depan Perkhidmatan Awam
- Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat Setempat
Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN
Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) Melaka itu juga merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Dap atas kerjasama yang pernah diberikan sepanjang tempoh ini.
“Namun, hubungan yang baik seharusnya dibina atas asas saling menghormati, memahami batas serta menghargai semangat kebersamaan,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Haryaty yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka menyeru jentera memperkukuhkan gerak kerja memandangkan negeri itu di ambang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam tempoh yang tidak lama lagi.
“Saya menyeru seluruh jentera BN, khususnya Wanita UMNO di semua peringkat, agar terus memperkukuhkan perpaduan, memperkemaskan gerak kerja serta memperhebatkan khidmat kepada rakyat.
“Kemenangan tidak datang dengan retorik, tetapi melalui kesatuan, disiplin dan kerja yang ikhlas. Marilah kita melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, menawarkan sebuah kerajaan yang stabil, berpengalaman dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan pentadbiran kerajaan negeri tidak akan terjejas selepas empat ADUN dari Dap memutuskan untuk menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri berkuatkuasa serta merta.
BN memperoleh mandat mencukupi untuk mentadbir negeri secara bersendirian dan kerjasama yang diwujudkan bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan hanyalah sebagai manifestasi semangat persefahaman yang dipraktikkan di peringkat Persekutuan.
Ini kerana BN tidak pernah bergantung kepada mana-mana parti untuk membentuk kerajaan selepas PRN Melaka 2021. – UMNO Online
Tanpa Dap, Melaka Mampu Bergerak Dengan Hala Tuju Lebih Jelas – Haryaty
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Terus Santuni Mualaf, Masyarakat Orang Asli Menerusi Inisiatif Makmur Pahang
- Dap Keluar Kerajaan Tidak Jejas Pentadbiran Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat
You must be logged in to post a comment.