Sudah Tiba Masanya Akta Perlindungan Guru Digubal – Dr Asyraf
Sudah Tiba Masanya Akta Perlindungan Guru Digubal – Dr Asyraf

Menurut Dr Asyraf yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Akta Perlindungan Guru sering dibangkitkan kerana ramai berpendapat guru semakin terdedah kepada tindakan undang-undang, ancaman, dan tekanan ketika melaksanakan tugas mereka.
“Antara rasional utama termasuklah melindungi guru yang bertindak mengikut prosedur. Guru sering membuat keputusan serta-merta untuk mengawal disiplin, keselamatan atau kecemasan.
“Jika tindakan dibuat mengikut undang-undang dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mereka tidak seharusnya mudah dikenakan tindakan sivil atau jenayah semata-mata kerana tidak puas hati,” katanya dalam satu hantaran di Facebook dan turut menambah pandangannya di ruangan komen.
Demikian juga katanya ia mampu mengurangkan budaya litigasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanpa Dap, Melaka Mampu Bergerak Dengan Hala Tuju Lebih Jelas – Haryaty
- KUSKOP Terus Perkasa Usahawan Bumiputera Ceburi Sektor Bernilai Tinggi
PRN NS: Rakyat Jangan Lepaskan Peluang… Pentadbiran BN Terbaik
“Terdapat peningkatan kecenderungan membawa pertikaian sekolah ke mahkamah. Akta boleh mewujudkan mekanisme penyelesaian awal seperti siasatan atau mediasi sebelum tindakan mahkamah diambil,” ujarnya.
Selain itu, akta tersebut boleh memberi sokongan undang-undang kepada guru.
“Ramai guru berdepan tindakan undang-undang menggunakan kos sendiri. Akta boleh memperuntukkan bantuan guaman atau indemniti kerajaan bagi guru yang bertindak dalam ruang lingkup tugas rasmi,” katanya.
Tambah Dr Asyraf, rasional berikut adalah untuk meningkatkan keyakinan guru menjalankan tugas.
“Jika guru sentiasa bimbang akan disaman, mereka mungkin menjadi terlalu berhati-hati sehingga enggan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya. Ini boleh menjejaskan pengurusan sekolah dan pembentukan sahsiah murid,” katanya.
Terakhir katanya, ia boleh menarik dan mengekalkan profesion perguruan di mana perlindungan undang-undang yang munasabah menjadikan profesion guru lebih dihormati dan diyakini, sekali gus membantu mengekalkan bakat dalam bidang pendidikan. – UMNO ONLINE
Sudah Tiba Masanya Akta Perlindungan Guru Digubal – Dr Asyraf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketepikan Perbezaan… Bersatu Hati, Pastikan BN Kembali Terajui Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.