Lightning Cup kembali dengan hadiah lebih RM100,000

Lightning Cup kembali dengan hadiah lebih RM100,000

Lightning Cup kembali dengan hadiah lebih RM100,000
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Jack Koh

Kuala Lumpur: Kejohanan Badminton Antarabangsa Lightning Cup kembali untuk edisi ketiga dengan menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM100,000 apabila berlangsung di Pavilion Hall, SkyIndoor Themepark, Resorts World Genting dari 3 hingga 6 September depan.

Kejohanan anjuran AMG dengan kerjasama Sports Arena Sentosa dan Petaling BC itu dijangka menghimpunkan ratusan pemain dari Malaysia serta luar negara, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara festival badminton antarabangsa terbesar bagi kategori terbuka, amatur dan veteran di rantau ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Jack Koh berkata, Lightning Cup bukan sekadar sebuah pertandingan, malah menjadi platform yang menyatukan komuniti badminton daripada pelbagai peringkat usia dan negara.

“Matlamat Lightning Cup adalah untuk menyediakan pentas bertaraf antarabangsa kepada semua pencinta badminton.

Kami mahu mewujudkan kejohanan yang bukan sahaja kompetitif, malah memberi peluang kepada pemain amatur, veteran dan bakat baharu merasai pengalaman bertanding dalam suasana bertaraf antarabangsa,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka Diluluskan, Terus Perkukuh Tadbir Urus


Sebanyak 69 kategori akan dipertandingkan membabitkan acara Terbuka, Amatur, Kumpulan Umur, Gabungan Umur, Mixed Three on Three (3P), Parent and Child serta Jemputan VIP.

Bagi memastikan persaingan lebih seimbang, pemain yang berada dalam kelompok 100 terbaik ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak dibenarkan menyertai kejohanan itu.

Lightning Cup turut mengekalkan format pertandingan mengikut kategori umur, sekali gus memberi peluang kepada pemain veteran berusia sehingga 70 tahun ke atas terus beraksi di pentas antarabangsa.

Penganjur menjangkakan penyertaan kali ini akan terus meningkat dengan kehadiran peserta dari beberapa negara Asia serta rantau lain yang mahu merebut hadiah lumayan selain menguji kemampuan masing masing.

Pendaftaran kini dibuka kepada semua pemain yang layak dan dijangka menerima sambutan menggalakkan daripada peserta tempatan serta antarabangsa.

Lightning Cup kembali dengan hadiah lebih RM100,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker