Sze Fei-Izzuddin ‘smash’ Astrup-Rasmussen

Sze Fei-Izzuddin ‘smash’ Astrup-Rasmussen

Sze Fei-Izzuddin 'smash' Astrup-Rasmussen
SZE Fei (kiri) dan Izzuddin pamer aksi cemerlang.

Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan langkah ke suku akhir Terbuka Jepun selepas mengetepikan bekas gandingan nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Dalam perlawanan pusingan kedua di Gimnasium Metropolitan Tokyo, hari ini, Sze Fei-Izzuddin ternyata berada di kelas tersendiri apabila beraksi dengan cukup baik terutama di set pertama sebelum meneruskan momentum itu pada set kedua untuk menang 21-18, 21-19 dalam masa 40 minit.

“Ya, memang setiap kali bertemu mereka, ia sentiasa menjadi perlawanan yang sukar. Saya rasa kami perlu kekal fokus dari awal hingga tamat perlawanan kerana mereka adalah pasangan yang sangat berpengalaman dan mempunyai tempo permainan yang baik. Sebab itu bukan mudah untuk menewaskan mereka,” kata Sze Fei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Untuk rekod, dalam dua edisi terdahulu, pencapaian mereka di Terbuka Jepun cukup cemerlang apabila berjaya muncul juara pada 2024 dan mara ke final tahun lalu.

Kemenangan itu membolehkan beregu keenam dunia itu membalas dendam selepas tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka Diluluskan, Terus Perkukuh Tadbir Urus


Namun, rekod pertemuan keseluruhan antara kedua-dua pemain masih memihak kepada Astrup-Skaarup Rasmussen apabila mencatat sembilan kemenangan daripada 12 pertemuan.

Di peringkat lapan terbaik nanti, mereka akan berdepan sama ada lawan dari Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith atau Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark.

Di separuh akhir, ada kemungkinan pertemuan sesama sendiri terjadi sekiranya Sze Fei-Izzuddin dan Kang Khai Xing-Aaron Tai berjaya menewaskan lawan masing-masing dan satu slot ke final sudah menjadi milik Malaysia.

Namun secara realiti, mungkin perkara itu sedikit sukar kerana beregu muda negara itu akan bertemu gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Je.

Sze Fei-Izzuddin ‘smash’ Astrup-Rasmussen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker