Khai Xing, Aaron puas kuasai tiga pukulan pertama
Khai Xing, Aaron puas kuasai tiga pukulan pertama

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai mengakui persiapan rapi serta penguasaan pada tiga pukulan pertama menjadi kunci kejayaan mereka menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan pada pusingan kedua Terbuka Jepun, hari ini.
Pasangan ke-22 dunia itu tampil cukup meyakinkan apabila menundukkan lawan mereka 21-10, 21-15 untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir.
Menurut Khai Xing, mereka sudah membuat persiapan sebaik mungkin sebelum turun ke gelanggang dan berjaya melaksanakan segala perancangan yang dirangka.
“Kami sangat gembira dengan kemenangan hari ini kerana saya rasa kami membuat persiapan yang cukup baik sebelum perlawanan.
“Apa yang menjadi kekuatan kami ialah penguasaan pada tiga pukulan pertama selain servis dan penerimaan servis yang berkesan,” katanya kepada BWF selepas tamat perlawanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- STRFP Kechau 1 Bukti Komitmen Kerajaan Pahang Perkasa Agenda Perumahan Warga FELDA
- Ismail Lasim Beri Komitmen Galas Amanah, Pastikan BN Menang Di Juasseh
Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka Diluluskan, Terus Perkukuh Tadbir Urus
Mengulas mengenai taktikal berdepan pasangan Taiwan yang terkenal dengan corak permainan menyerang, Khai Xing berkata mereka sengaja mengelakkan memberi peluang kepada lawan untuk melancarkan serangan.
“Mereka adalah pasangan yang kuat dalam serangan, jadi kami cuba untuk tidak mengangkat bulu tangkis kepada mereka. Sebaliknya kami memberi tumpuan kepada tiga pukulan pertama bagi mengawal rentak permainan,” katanya.
Sementara itu, Khai Xing percaya kemenangan ke atas pasangan berpengalaman seperti Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan mampu meningkatkan lagi keyakinan mereka bagi menghadapi cabaran seterusnya.
Di suku akhir esok, tugas sukar menanti Khai Xing-Aaron apabila mungkin akan bertemu beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Je atau Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi dari Jepun.
Khai Xing, Aaron puas kuasai tiga pukulan pertama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Zaidy Tekad Pertahan DUN Jeram Padang, Teruskan Khidmat Kepada Rakyat
- PRN NS: Onn Hafiz Yakin Calon BN Mampu Bawa Suara Rakyat, Teruskan Agenda Pembangunan
- Anak Jati Palong, Pak Mus Tekad Terus Berusaha Sehabis Baik Demi Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.