Majoriti mangsa tuduhan gangguan seksual Ebit Lew takut tuntut keadilan

TENOM: Majoriti mangsa gangguan seksual yang membuat aduan kepada Multiracial Reverted Muslim (MRM) tidak tahu dan takut untuk mendapatkan keadilan terutama kes membabitkan individu berpengaruh dalam masyarakat.

Itu antara keterangan pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung,39, semasa hadir sebagai saksi ketiga pertuduhan gangguan seksual terhadap Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim,37, di Mahkamah Majistret hari ini.

Dalam sesi pemeriksaan utama, beliau memberitahu mahkamah bahawa hantaran Facebook saksi pertama iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Abu, 37, pada 26 Julai 2021 dilakukan setelah Akhi Fairuz menerima aduan daripada seorang wanita lain yang memaklumkan menerima gangguan seksual oleh Ebit Lew.



“Selain itu, kami menerusi sayap wanita MRM juga sedang mengendalikan kes yang melibatkan individu-individu berpengaruh dalam masyarakat. Majoriti mangsa yang mengadu kepada kami tidak tahu dan takut untuk mendapatkan keadilan.

“Maka, hantaran (Facebook) itu memang tidak merujuk kepada Ebit sahaja. Kami menerusi sayap wanita MRM masih menerima kes-kes lain yang berprofil tinggi seperti kes amang seksual selebriti baru-baru ini,” katanya dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Firdaus yang juga Pengasas merangkap Presiden MRM itu berkata, antara isi kandungan hantaran Facebook itu adalah berkaitan kesediaan, kesanggupan dan penawaran oleh Akhi Fairuz untuk membantu mangsa-mangsa gangguan seksual.

“Posting (hantaran) ini dilakukan oleh Akhi Fairuz setelah kami berbincang dan mendapati terdapat wanita-wanita lain yang telah mengadu kepada kepada kami tentang gangguan seksual yang dilakukan oleh Ebit Lew.



“Maka, kami tawarkan jikalau ada wanita di luar yang menjadi mangsa seksual grooming atau gangguan seksual untuk tampil kehadapan tanpa perlu risau,” katanya.

Firdaus berkata, setahu beliau, wanita dalam kes ini membuat aduan kepada Akhi Fairuz selepas melihat satu hantaran Akhi Fairuz dan wanita ini telah berhubung dengan dengan Akhi Fairuz melalui aplikasi Whatsapp.

“Wanita ini telah mengadu kepada sahabat saya (Akhi Fairuz) bahawa dia telah menerima gambar-gambar lucah.

“Kemudian beliau (Akhi Fairuz) telah berkongsi dengan saya gambar dan tangkap layar mesej lucah daripada Ebit Lew yang diterima wanita tersebut. Saya telah menerima gambar kemaluan lelaki,” katanya.



Menurut Firdaus, beliau telah memuat turun gambar dan tangkap layar yang diterima daripada Akhi Fairuz dan secara automatik ia tersimpan dalam telefon bimbitnya.

Mengulas lanjut katanya, selain menanggung kos penerbangan pengadu bersama suaminya untuk ke Kuala Lumpur, MRM menerusi sayap wanitanya turut memberi khidmat kaunseling dan rawatan Islam kepada pengadu bagi memberi semangat dan membantu pengadu keluar daripada trauma yang dialami.

Setakat ini, tiga saksi pendakwaan telah dipanggil termasuk Firdaus, penceramah motivasi, Mohd. Fairuz serta pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Asisten Superitendan, Salwani Mohd Hadzir, 40.

Mahkamah menetapkan 20 hingga 22 Disember sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes berkenaan.



Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia manakala Ebit diwakili Ram Sing, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker